Helllo!
Salam ceria buat kepada semua pembaca Kaki Berangan yang setia ataupun newbies. Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua walau dimana jua anda berada.
Ape macam? skema tak ucapan pembukaan aku? Sesekali nak jugaklah amek hati mereka yang menyokong blog Kaki Berangan dari jauh mahupun dekat. Yang suka ataupun yang benci. Takpe, kita ni manusia lemah tak sempurna. Takleh nak puaskan semua hati orangkan.
Whatever it is... kita hidup kenela enjoy! Bak kata aku yang sedang menaip rancak nih! Ewahh!
Bila kita merangka trip ke Switzerland ataupun Swiss dalam bahasa ringkasnya, tentulah transportation yang menjadik perkara utama yang harus dititikberatkan sebabnya harga untuk setiap train ataupun lain-lain benda adalah super mahal. Maka, setiap wang pound (dah pakai pound ni, ringgit tak main dah hahaha) yang dilaburkan haruslah diambilkira walaupun 1 pound. Haaa... macam tu skali punya berkira. Yela, kene la jimat hidup as a student ni. Takleh nak main belasah je.
Maka, ada yang bertanya dan aku jugak bertanya dalam diri sendiri samada berbaloi ke tak pakai Swiss Pass ni. Ada membuat rujukan kepada rakan-rakan rapat yang dah penah jejak kaki ke Swiss ni. Banyak ilmu dan tips yang aku serap dalam kepala otak aku dalam masa singkat dan rangka plan ni agar tidak terbabas bajet aku.
Jadik.... cut the story short. Lepas balik dari Swiss semalam, aku terdetik nak buat perbandingan brape banyak duit yang boleh aku save dengan menggunakan Swiss Pass ni ataupun tidak. Lepas balik dari kelas tadi, terus la shalat dulu dan bukak laptop. Terus bukak Mic Excel dan kung kang kung kang menaip.. maka dah siap jugaklah perbandingan aku secara ringkas.
Alangkah terkejutnya aku... alangkah tu. Nampak tak penggunaan bahasa ala-ala novel sastera dulu? Banyak jugaklah aku save untuk transportation aku sepanjang berada kat Swiss untuk 6 hari 5 malam ni. Aku agak rebah di kerusi tadi.
Ayuh aku tayangkan sebelum aku ulas secara ringkas nanti. Okeh?
Note 1 dalam gambar diatas bermaksud percuma yakni kalo anda tiba di Geneva Airport, kita boleh claim 1 tiket pengangkutan secara percuma yang mana kita boleh naik public transportation di Geneva selama 80 minit. Haa... dah jimat duit skit kat situ. Nampak tak permainan dia?
Kat mana nak kutip tiket free ni?
Jawapan aku: mohon ke tempat baggage claim, kat situ akan ada satu mesin untuk amek tiket free ni. Sebelah dengan tourist information counter. Just tekan, maka keluarlah sekeping tiket. Simpan tiket tu nanti just in case diperlukan. Setiap seorang hanya dibenarkan untuk mengambil satu tiket sahaja. Faham? Lagipun airport Geneva ke city centre tak jauh pun, dalam 4km je. dekat giler!
Untuk info lanjut ---> SINI
Okeh, berbalik kepada Swiss Pass. Mesti yang akan bertanya soalan random seperti yang aku nak tunjuk kat bawah nanti. Harap anda dapat digest dan faham apa yang aku cuba sampaikan. InsyaALLAH. Demi kesenangan ummah sejagat untuk travel ke Switzerland nanti.
Ayuhhh!
Apakah Swiss Pass?
Jawapan aku: Sejenis rail pass yang mana kita berpeluang untuk guna semua rangkaian keretapi yang terdapat dalam negara Switzerland ini. Kiranya, dengan hanya ada pass ni, tak perlu lagi beli tiket nak ke mana-mana bandar, pekan, atau kampung yang ada dalam negara Switzerland ini.
Swiss Pass ini tidak terhad kepada penggunaan keretapi di seluruh Swiss je, bahkan bas, boat dan jugak kereta kabel (tertakluk kepada syarat lain) jugak boleh digunakan. Bila dah ade pass ni hanya perlu tunjuk je kepada pegawai yang bertugas bila dorang check tiket.
Sebagai 1 route yang telah aku buat aritu dalam masa satu hari yang guna train, bas dan jugak cable car semuanya dah termasuk dalam Swiss Pass ni, hanya perlu tunjuk je, jangan hilangkan!
Geneva --> Montreux --> Interlaken Ost --> Lauterbrunnen ---> Stechelberg Station --> Gimmelwald Station
Swiss Pass ni boleh dibeli untuk tempoh penggunaan untuk 4 hari, 8 hari, 15 hari, 22 hari ataupun sebulan terus haa.. kalo banyak duit! Tapi bagi aku yang ciput ni, 4 hari pun dah memadai sebab travel pun 6h5m je.
Hari pertama, tidak menggunakan sebarang Swiss Pass, sebabnya aku hanya stay kat Geneva city centre. Dan kebanyakkan tempat boleh sampai dengan hanya jalan kaki. Maka, aku decided untuk pakai Swiss Pass ni bermula hari yang ke-dua.
Kat mana nak beli Swiss Pass? Perlu ke saya beli secara online?
Jawapan aku: Nak beli online pun boleh, taknak pun takpe. Boleh beli di pejabat SBB Office yang terdapat di train station secara over the counter. So far, harga takde beza pun kalo beli secara online. Bukannya dapat lagi murah pun sama je.
Macam aku aritu sebab pegi secara berdua dengan kawan aku, maka entitled untuk dapat diskaun sebanyak 10% untuk harga total tiket Swiss Pass 4 days. Jadik kene bayar seorang hanyalah CHF245/pax.
Let's say korang nak pegi beli Swiss Pass tu harini, tapi nak start pakai pass tu adalah lusa. Tu pun boleh dibuat. Nanti pegawai tiket tu akan tanya nak pakai bila Swiss Pass ni, korang kasiklah date sekian-sekian yang korang nak pakai Swiss Pass nanti bila Swiss Pass ni diprintkan, ianya akan tertera validity of the pass from sekian date ke sekian date.
Macam aku, terus beli kat Geneva train station, tapi nak pakai esoknya. Boleh takde masalah!
Dokumen yang diperlukan adalah passport dan kita akan diberikan tiket kertas berserta tiket wallet macam tu. Tiket seperti gambar dibawah.
Untuk harga rasmi Swiss Pass ni, boleh la kita semua rujuk di website SBB ---> SINI
Berbaloi ke jikalau saya beli Swiss Pass ini?
Jawapan aku: AMAT BERBALOI!
Haaa... macam tu skali aku tekankan dengan penggunnan all capital letters. Dah tengok comparison yang dah buat kat atas tadi? Aku dapat jimat sebanyak CHF178 untuk train yang aku naik selama 6h5m ketika berada di Swiss walaupun Swiss Pass ni hanyalah valid selama 4 hari je, but still aku jimat banyak. Cuma hari ke-6 tu, aku terpaksa kuarkan duit secara tunai untuk beli tiket train dari Luzern ke Basel sebab Swiss Pass dah boleh campak tepi tak laku.
Tapi takpe sebab berbaloi. Selain daripada tu, kalo nak gali-gali secara detail lagi kejimatan yang aku dah dapat dek kerana guna Swiss Pass ni selama 4 hari ni, memang lagi banyak. Secara kasar, aku kira-kira kadar kejimatan yang boleh aku dapat adalah lebih daripada CHF300 sebabnya aku guna bas, boat, cable car dan jugak diskaun yang aku dapat untuk naik puncak Schiltorn sebanyak 50%.
Klik sini untuk download rangkaian keretapi di Switzerland yang boleh pakai Swiss Pass ---> SINI
Secara ringkasnya, advantages bila kita pakai Swiss Pass ni adalah seperti berikut:
- Perjalanan tanpa batasan (unlimited ride) menggunakan keretapi, bas, tram dan jugak boat (cruises) di seluruh Switzerland. Tak silap aku, kalo dari negara lain masuk ke Switzerland, pass ni tak valid. Contoh dari Milan (Italy) ke Zermatt (Swiss).
- 50% diskaun untuk kebanyakkan train atau cable car yang menuju ke puncak gunung seperti puncak Schiltorn. Untuk puncak Jungfrau aku tak tau, tapi semestinya lagi mahal berbanding naik Schiltorn ni. Sila carik sendiri. Macam aku aritu, since dah ade Swiss Pass ni, dari Murren menuju ke puncak Schiltorn hanya perlu bayar CHF38.50/return berbanding CHF89/return untuk seorang. Banyakkan jimat tu?
- Tiket masuk percuma ke 450 muzium yang ada kat Swiss bagi mereka yang berminat.
Perlu ke saya reserve seat kat pejabat train sebelum naik train, atau main duduk je kat mana-mana coach?
Jawapan aku: Tak perlu pun, sebab kalo beli tiket 2nd class memang boleh duduk mana-mana seat yang kita nak kat coach 2nd class. Jangan memandai pegi duduk lak kat 1st class coach, sebab bila konduktor check tiket dan tau kita patutnya 2nd class, dia akan suruh beralih ke coach yang sepatutnya.
Tapi, kalo nak reserve pun takde masalah, just pegi ke train station office cakap nak reserve seat untuk journey anda, tapi perlu buat 2-3 hari sebelum berlepas. Haaa camtu lebih kurang.
Honestly, tu yang aku nak buat pada mulanya, tapi lepas consult dengan Chawanna, dia kata tak perlu pun buat camtu. Maka, aku pun tak jadik buat seat reservations tu. Sebab most of the time, train tu tak penuh pun. InsyaALLAH memang ada tempat duduk untuk kita.
Tetapi, kalo nasib kurang baik naik train time peak hour maybe kat 2nd class coach tu, kene berdiri. Benda ni terjadik kat aku untuk 2 kali camtu. Tapi okla sebab journey tak jauh mana pun dalam 15 mins je. Yang lain-lain route tu, memang boleh duduk dengan aman. Ada coach tu kosong! Hahahah
Owh ya, ade toilet dalam train yang super bersih dan luas okeh! Tak berbau pun.
Ok dah.. tu je pendapat aku. Kalo ada mereka yang penah guna Swiss Pass dan nak share pendapat boleh la drop komen nanti kat bawah tu ek. Amat dialu-alukan. Pendapat yang aku type kat atas ni adalah berdasarkan pemerhatian aku sepanjang berada kat Swiss aritu. Maybe mereka ada pendapat lain.
Now, kita layan gambar dalam train pulak okeh!
Sepanjang naik train kat Swiss, aku berpeluang naik 2 jenis panoramic scenic train. ianya dari
a) Montreux ---> Interlaken Ost (Golden Pass Panoramic train)
b) Interlaken Ost ---> Luzern (Interlaken - Luzern Panoramic Express)
Kalo berpeluang, naiklah dua route ni, memang anda akan agak kagum tak rugi dengan pemandangan yang disajikan. InsyaALLAH.
Owh ya, one more thing,
Patut duduk seat belah kanan atau kiri yang lebih baik?
Jawapan aku: Kedua-dua belah takde menjadikan masalah besar sebab nanti viewnya akan tetap sama. Ada kala belah kanan lagi lawa, ada kala belah kiri lagi lawa. Kalo seat tu kosong, boleh je main lompat-lompat nak duk mana-mana.
Tetapi untuk dua panoramic route train tu, aku suggest
Golden Pass Panoramic train untuk duduk belah kanan.
Interlaken - Luzern Panoramic Express train duduk belah kiri.
Macam mana sistem jadual train kalau saya perlu bertukar-tukar train?
Jawapan aku: Dari sepanjang pemerhatian aku naik train kat Swiss ni, memang timetable dia sangat teratur, tersusun dan punctual. Even aku kene bertukar-tukar train a few times, tapi aku tak perlu tunggu lama mana pun untuk naik train yang seterusnya.
Aku kasik situasi macam ni dari Lauterbrunnen --> Interlaken Ost ---> Zermatt (untuk sampai ke Zermatt kene bertukar dua train yakni di station Spiez dan jugak station Visp). Kiranya mesti la agak cuak kalo kene tinggal dek train ke ataupun kene tunggu lama untuk the next train tiba.
Ini kerana... by the time train tu tiba di sesuatu station, kita mempunyai masa dalam 10 - 15 minit untuk tunggu train ke destinasi seterusnya tiba. Tapi kita janganlah terlalu chill atau buat terlalu relax. Masa itu emas kalo dalam travel ni. Every minute counts you know. Jadik, sempatlah untuk tau platform mana pulak untuk naik train itu. Kadang-kadang, platform tu sebelah menyebelah je. Takde masalah.
Yang aku kagum lagi, timetable ni tidak terhad kepada train je, even sistem dorang memang selari atau synchronize dengan bas dan jugak cable car. Jadik, turun train, tunggu kejap je terus naik bas dan bila sampai cable car station pulak tunggu kejap je pulak terus naik. Tak banyak buang masa. See? Baguskan..
![]() |
coach untuk train menuju dari Geneva ke Montreux |
![]() |
2nd class coach dalam Golden Pass Panoramic Train 2nd class coach |
![]() |
dalam coach 2 tingkat dari Spiez menuju ke Visp untuk ke Zermatt, amat selesa 2nd class coach |
![]() |
view dari Interlaken menuju ke Luzern dalam panoramic express train, belah kiri 2nd class coach |
![]() |
view dalam train dari Geneva airport ke city centre |
![]() |
view dalam train dari Interlaken Ost menuju ke Lauterbrunnen 2nd class coach |
![]() |
toilet |
![]() |
train untuk naik ke puncak Mt. Rigi di Luzern |
![]() |
maps yang ada dalam train setiap route, ni dalam Luzern menuju ke Appenzell melalui Herisau |
![]() |
2nd class coach menuju ke Appenzell |
Ok dah...
Bye and enjoy Swiss!