Quantcast
Channel: Kaki Berangan
Viewing all 299 articles
Browse latest View live

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 3 (Ruins of St.Paul's & Mount Fortress)

$
0
0
Assalamualaikum!!!

Bersambung dari bahagian ke-2 time berada kat Macau aritu. Lepas dah abes puas pusing kat area Senado Square dan jugak beli souvenirs skit-skit tadi. Kitaorang berjalan menuju ke 1 tempat warisan UNESCO yang mana kalo orang kata, datang Macau tapi tak singgah sini memang tak lengkaplah percutian anda. Tak lain dan tak bukan Ruins of St. Paul's. 

Dari Senado Square menuju ke sini tak jauh mana pun lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tapi nak menuju ke sana pun kita akan lalu banyak kedai-kedai belah kiri dan kanan. Ada macam kedai duk jual tapi dari pemerhatian aku yang paling banyak adalah kedai yang jual kepingan daging. Aku suspek tu adalah daging cik babs. Memang banyakkkkk sungguhhhh duk susun cantek-cantek punye. Tak lupa gak kuih tart telur. Kat sini kan memang femes dengan the originality of their egg tarts. Time ni memang orang ramai sungguh duk bersesak membeli bahan makanan masing-masing. Menuju ke tapak runtuhan tu kene macam mendaki bukit skit. So, faham-faham sendirilah macam mana. Tapi takdelah cerun mana pun dan agak landai. 

Sedikit info berkenaan dengan Ruins of St.Paul's:

Ruins of St. Paul's merujuk kepada runtuhan kompleks pada kurun ke-16 yang melibatkan St. Paul's College dan jugak Catheral of St. Paul's ataupun dikenali sebagai "Mater Dei". Ia merupakan gereja binaan orang Portugis untuk memperingati Saint Paul, the Apostle. Harini, ia merupakan salah 1 tempat paling popular dikalangan pelancong jugak secara rasmi pada tahun 2005, diumumkan sebagai salah satu tapak warisan sejarah oleh UNESCO

Untuk lebih lanjut, boleh baca ---> Wikipedia 

Time kitaorang sampai tu, duk kata... "woahhhh" "woaahhhh" bukan sebab kagum, tapi sebab ramai sungguh orang kat dataran depan runtuhan nih! Padahal nak tengok pintu depan je ala-ala A Famosa kat Melaka tu je. Pastu mereka yang duk bertenggek kat tangga-tangga menuju ke atas pun agak ramai. Sabo jela kan... ketepi! Anak raja dah mai nih! Hahaha. 

Jom layan gambar-gambar yang sama sekitar lokasi kejadian... 












Tak silap aku, kitaorang spent kat sini dalam sejam. Amek gambar, duduk rehat-rehat sambil hilangkan penat. Tengok orang pun ada. Macam-macam gaya dorang duk pose. Sesekali tergelak sendiri aku tengok. Hahaha. 

Dah abes penat, kitaorang daki pulak Mount Fortress. Kiranya nak pegi tengok kubu zaman-zaman dulu lak. Kene mendaki pulak! Yang ni agak tinggi skit. Sabor jela wahai kaki oiii~ 




Sedikit info berkenaan Mount Fortress:

Mount Fortress, built in 1617-26, occupies a hilltop to the east of the ruins of St. Paul′ s. It was constructed by the Jesuits as part of a complex which also included the college and church of St. Paul′ s. The canons were used only once, when the Dutch invaded Macau in 1622. This was also the first residence of the governors of Macau. Over the following decades trees grew from the platform of the fort, which was transformed into a public park where residents and visitors came to enjoy the views. The only building was an office of the Meteorological Department until 1998 when the three-level Macau Museum, focusing on the history of Macau, was built into the fortress hill.

Untuk bacaan lanjut ---> Wikipedia







kat depan tu ialah Macau Museum

Dah sampai atas tu, kat sini tempat yang aku carik iaitu meriam yang menghala ke bangunan Grand Lisboa. Seolah-olah bersiap-sedia nak letupkan bangunan Grand Lisboa tu. Kat sini memang bersih abeslah aku tengok. Takde satu daun pun atas lantai yang gugur. Memang disapu bersih. Kat area sini jugaklah kitaorang solat. Carik tempat terlindung skit. Amek wuduk kat toilet dalam Muzium Macau tu. Kami tak masuk pun sebab kene bayarkan. Hiks. 

Jom layan gambar lagi.... 










Lebih kurang dah setel semua, rehat-rehat amek gambar sampai lebam. Kitaorang bergerak meninggalkan kawasan. Di Macau ni, aku perhatikan pengaruh Portugis tu masih lagi kuat dalam rakyat dorang. Tengok papan tanda pun masih ada bahasa portugis. Even, sales girl kat Hard Rock Shop tadi pun bercakap dalam bahasa portugis dengan kawan sekerja dia. Bagus gak kan mengekalkan budaya dari zaman penjajah dulu. 





Dah sampai bawah balik, kitaorang just lepak kat water fountain tu sebab nak tunggu untuk view malam pulak. Sempat abeskan magic tuna dan ikan bilis. Beli roti kat 7-eleven skali. Tak lupa ada pulak hotspot free wifi kan. Layankan jela walaupun signal dia ada takde ada takde macam tuh. Gigih tau tunggu sampai hari gelap! 

Till then..wasalam~ 


Macau : Asia's Las Vegas! - Part 4 (Night views at Ruins of St. Paul's and Senado Square)

$
0
0
Assalamualaikum!!! 

Ni kiranya entry bergambar jela ye. Sebab ni gambar night views yang sempat aku snapped. Kejung bontot duk tunggu kat Ruins of St. Paul's tuh. Gigih tau! By the way, nak bagitau, sape-sape yang tengok cite korea "Boys Over Flower", time since kat Macau tu dorang ade singgah beli egg tart. Kedai tu masih lagi wujud. Dia hanya jual egg tarts and bubble tea je. So, aku yakin beli 4 bijik. Kiranya sorang 1 bijik la ye. Harga untuk sebijik ialah HKD5/piece. Rasanya okla memang ada rasa macam egg tart. Taktau la yang paling sedap rasa macam mana ye dok. Not bad. Beli gak juice mango asli dengan harga HKD10/glass. Gelas jenis besar dia kasik. Memang sedap! 

Ok dah, jom layan gegambar! 






























Ok dah...good nite! 

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 5 Finale (Night views at The Grand Lisboa and The Galaxy)

$
0
0
Assalamualaikum!!!

Ni adalah entry terakhir untuk jejalan di Macau. Kira layan gambar jela ye. Dari Senado Square, kami just berjalan menuju ke The Grand Lisboa. Dari jauh memang dah nampak bangunan ni sebab yang paling tinggi dan bercahaya di kala malam di Macau. Ia merupakan hotel, kasino dan jugak restoran. Ntah kenapa aku suka sangat dengan bangunan ni sebab rekabentuk dia unik dari yang lain. 

Jom layan gambar...













Aku belom penah jejak kaki lagi ke Las Vegas, tapi rasanya lampu-lampu kat sini dah cukup meriah dah. Hidup sungguh kat kawasan kasino ni. Teksi keluar masuk dari kawasan entrance bawak orang untuk bercuti mahupun menginap kat hotel ni. Pelancong yang lain tak melepaskan peluang masing-masing untuk bergambar kenangan kat depan ni. Lampu lip-lap! 

Dari sini, kitaorang amek bas shuttle yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke jeti feri balik.  Time sampai kat bus stop tu, kami tengok jam masih lagi awal. Apa kata kita naik bas shuttel untuk ke The Galaxy lak. Sebelah the Venetian. Saje nak buang masa kan. Lagipun tak brape jauh mana pun. Kejap je naik bas. 

Ayuh layan gambar lagi! 

bentuk kasino yang macam The Water Cube kat Beijing

the Grand Lisboa dari kejauhan

wow panjangnyaaaa limosin nihhh!!!

the Fortune Fountain kat lobi The Galaxy

chandelier di atas siling




disebalik tabir ni lah ada kasino


Bila dah abes amek-amek gambar, kami kene balik semula ke terminal feri nih. So, kene la amek shuttle bus balik. Tapi yang penting, kene lalu kasino pulak. Punyalah besar kasino nih! rasanya berjalan merentasi kasino ni rasa tak penah sampai hujung. Tengok pulak dia punye model keseluruhan kawasan bangunan The Galaxy. Giler babs punye besar weyyy! Penat berjalan sehari suntuk. It's time go back to Hong Kong.











Bila dah sampai terminal tu, dah tak ramai orang tu. Terus pegi ke kaunter tiket untuk balik. Ingatkan harga sama, tapi tidak ye... harga untuk tiket waktu malam adalah mahal skit compare dengan hari siang. Tiket untuk seorang adalah HKD184/pax. Actually, ada ulat-ulat tiket yang duk offer tiket feri gak. Katanya murah HKD10/pax. Tapi sebab tak berani, so better beli kat kaunter jela. Feri kami akan berlepas jam kalo tak silap aku dalam jam 11 malam. Sempat-sempat harap untuk naik MTR untuk ke Tsim Tsa Tsui balik. Takut gak. Dah naik ferry tu, masing-masing terus terbungkang tido. 

Berakhirlah sehari di Macau. 

It's Official! Visa Exemption for Malaysian visitors to Japan

$
0
0
Helllooo!!!

Aku rasa semua orang dah tau kot yang pasal pelancong Malaysia dah dikecualikan visa untuk masuk ke negara Matahari Terbit nih. Hari ni dah memang confirm tak perlukan visa untuk masuk. Maka, boleh la aku beli tiket ke Jepun skang! Apa lagi, jom la serbu website Airasia! 



Antara kandungan Press Release yang dikeluarkan oleh Japan National Tourism Organization... 

Singapore, 14 June 2013 – The Japanese Government has announced on 11 June 2013 that visa application procedures will be exempted for Malaysian passport holders. This would mean that Malaysian passport holders would no longer have to apply for a visa to enter Japan in coming months. The effective date of the implementation and the length of stay without visa will be announced soon.

The announcement on visa exemption on Malaysian passports spells positive news to Malaysian travelers as it is now more hassle-free to travel to Japan. Travelers can now choose to travel to Japan at an even shorter notice, without having to allocate time to apply for a travelling visa. The ease of travel will certainly boost numbers of tourist visits, as well as tourist package sales to Japan.

We spoke to the President of ASEANTA (ASEAN Tourism Association), Dato Mohd Khalid Harun, about the visa exemption initiative. He mentioned that the initiative will lead to a marked increase in tourist arrivals to Japan from ASEAN countries. He also expressed his thanks to the initiative, “As President of ASEANTA, it is very good to hear that Japan is easing travel restrictions for citizens from ASEAN countries. On behalf of MATTA and ASEANTA, I would like to say, ‘Thank you for the welcome news.’”

The CEO of AirAsia X, Mr. Azran Osman-Rani, is thrilled to hear of the good news too. He feels that the initiative “would further allow our fellow Malaysian guests greater access to Japan” and that it would “increase tourist traffic from Malaysia and passenger growth to the country”.

Mr. Motonari Adachi, the Executive Director of the Japan National Tourism Organization (JNTO) Singapore adds on that the visa exemption would contribute to an increase in tourist arrivals to Japan. He mentioned that the visa waiver would serve as a good opportunity for JNTO to draw more visitors to Japan, and to look out for upcoming major promotional campaigns.

The numbers in Malaysian visitor arrivals to Japan have been consistently on the rise since January 2013. 14700 Malaysian visitors went to Japan in April 2013. The figures for Malaysian tourist arrivals from January to April 2013 went up by 13.7% as compared to the corresponding months in 2012. An estimated total of 130,300 Malaysian visitors went to Japan in year 2012.The potential for growth in outbound tourism to Japan is apparent for Malaysia. With the visa waiver and the yen depreciation, total Malaysian visitor arrivals are expected to hit above 160,000 in 2013. 

Walaupun aku tak sempat nak dapatkan sticker comel melekat kat passport aku, tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu dah bersusah-payah sediakan dokumen, sediakan duit dalam bank ataupun pinjam sedara-mara untuk cukupkan atleast RM6k. Nampaknya impiam nak jumpa Doraemon, Ultraman, Sailormoon, Detective Conan bakal tercapai. Aminnnn... 

Arigato gozaimas! See u in Japan ya'll! Konichiwa...

What did I bring back from Hong Kong & Macau?

$
0
0
Hellooooo!!! 

Nampaknya cerita berkaitan Hong Kong dan Macau dah abes aku ceritakan. InsyaALLAH ada 2 lagi bahagian yang paling penting. Entry ni adalah salah satunya. Apa lagi kalo bukan souvenirskan... heheh. 

Since trip ni agak panjang, maka aku try limitkan brape banyak jumpa souvenirs yang boleh memberatkan bag aku. Yela, nak naik train turun naik tu agak memenatkan kalo duk bawak harta khazanah sepanjang trip ni. Kalo boleh nak beli untuk semua orang. Ingat untuk orang ter"rapat" dan ter"sayang" katanya. 

Jom tengok je! 

.:From Hong Kong:.

ni first time aku borong 4 botol perfumes skaligus! selalunya aku hanya beli 1 jela, boleh tahan untuk 5-6 bulan. dah abes baru gigih pegi beli yang baru. my all time favourite adalah Davidoff Champion. bagi mereka yang suka borong perfume, kalo kat HK memang syurganya. korang kene pegi kedai namanya "Goodyear Perfume Centre". Cara nak pegi sana hanyalah naik subway sampai stesen Tsim Tsa Tsui carik Exit 2A. Dah keluar exit tu, jalan terus dalam 50 meter.  Kedai tu belah kiri anda. Rekabentuk dalaman dia macam farmasi skit. Signboard kaler pink. Time kitaorang datang ni, ada sales pulak! Buy 1 Free 1. Contohnya macam perfume Davidoff tu. Untuk 100ml, dia kasik HKD650 untuk 2 botol. Kalo beli botol size 100ml kat Malaysia tak silap aku more than RM200. Macam-macam brand yang ada, sebut je.

macam biasa la kan... kene beli tshirts, beli kat Ladies Market. Harga untuk 5 helai dia kasik HKD100. Puas tawar suruh kasik 6 helai untuk HKD100. tapo tak dapatlah. so, aku beli untuk aku dua helai je. share bahagian dengan yang lain beli 5 helai. kiranya dalam sehelai HKD20. kualiti pulak yang baju kaler hitam tu memang agak elok kecuali yang merah tu agak nipis skit. 

cantiklak gambar ni, ewahhh! hahaha... ni fridge magnets jenis terbaru. dulu aku datang takde lagi. so kenela beli untuk simpanan sendiri termasuk untuk kasik orang lain. harga dia kasik untuk 10 bijik dengan harga HKD100. ni pun puas tawar untuk dapatkan free 1. aku rasa, dia mesti dah malas layan pelancong Malaysia. asyik nak free je manjang! 

yang ni fridge mangnets gak. beli sama kedai macam gambar kat atas. 10 bijik untuk HKD100. 

ni pulak adhoc sweater aku beli kat The Peak akibat sejuk melampau kat atas tu. harga HKD130/helai. puas hati dengan kualitinya.


.:From Macau:.

ni fridge magnets beli kat area Senado Square. harga untuk 1 papan FM jenis chips kat atas tu ialah HKD32. yang FM bentuk ruins of St. Paul's tu pulak berharga dalam HKD15/piece. time kitaorang beli ni, amek yang mana berkenan, then bila penjual tu kira-kira total semua then baru mintak diskaun. so far ape yang kami mintak dapatlah diskaun walaupun tak banyak. yang penting mintak! 

close-up

close-up, ada 3 kaler yang dijual silver, bronze and gold. tapi amek bronze sbb nampak macam real skit.

haaaa yang ni pulak FM yang beli kat The Venetian. harga untuk sekeping ni ialah HKD22/piece (3 keping untuk HKD65). agak mahal skit maybe sebab dia memang dari The Venetian. kalo yang kat atas tu bukan esklusif katanya. beli sekeping jela buat ubat. 

tshirts beli kat Senado Square gak. harga untuk sehelai ialah HKD25.  puas tawar, pakcik tu taknak kasik. maybe dia rasa kedai lain takde jual, plus ada beberapa kedai je yang jual tshirts souvenirs yang aku perasan. kedai lain pun takmo kasik diskaun. maka beli jela untuk family sendiri. 


first Hard Rock sweater yang aku beli. sebelum ni penah beli FM kat Sydney je. nasib baik ada saiz. harganya MOP301/sehelai. time ni ada diskaun. balik Malaysia tengok kat bank statement, dia charge hanya RM117. Okla tu kan...

ni gedik nak beli sebab tak penah ada sehelai kat umah. harga MOP160/helai. next time takyah beli dah. 

ok dah tu je nak share...

bye!

Hong Kong & Macau - Total Expenses!

$
0
0
Alright! 

Cerita Hong Kong dan Macau dah berjaya aku wrapped-up dengan suksesnya. Jadiknya, mari aku reveal pulak brape total expenses yang dah berjaya aku spent selama 5 hari 4 malam untuk berjalan-jalan di Hong Kong dan jugak Macau. InsyaALLAH aku akan berikan butiran terperinci samada luar atau dalam, prepaid atau cash berkenaan dengan jumlah perbelanjaan yang dah aku guna sepanjang berada kat sana. Maybe perbelanjaan ni bergantung kepada diri sendiri samada nak spent lebih kat situ atau kat sini. Ini hanyalah sebagai gambaran. Ada barisan perbelanjaan yang perlu buang, ada yang boleh diambil untuk merangka bajet sendiri. 

Untuk trip 5h4m ni, aku hanya tukarkan sebanyak RM1,500 sahaja. So, kene pandai-pandailah bajet nak guna nanti. Money changer kegemaraan aku sekarang ni ialah kat Petronas Nasi Kandar Kayu kat Ampang sana. Belakang Hospital Ampang Puteri. Bagi aku, rate dorang agak competitive berbanding dengan di Masjid India mahupun  Midvalley. 

Ayuh! 

Day 1

  • Tiket Airasia (sehala) : RM140
  • Luggage (15kg X 3 orang) and pre-booked meals : RM153/4 orang = RM38/sehala
  • Makanan (Brahims, biskut dan megi) : RM25/pax
  • Octopus Card : HKD150/pax (Deposit: HKD50 + Credit: HKD100)
  • Hong Kong Inn Hostels : HKD688 for 4 nights (HKD172/night)
  • Orange juice : HKD8.90 
  • Total bus fares : HKD33/pax
  • Total subway fares : HKD9.30/pax
Total expenses for Day 1 : RM203 + (HKD739.20** x RM0.3980) = RM497.20

**tidak termasuk harga Octopus Card. 


Day 2

  • Total subway fares : HKD9.30
  • Total buses fares : HKD18.50
  • Total tram fares : HKD4.60
  • Total ferry fares : HKD6.20
  • The Peak Tram (return fares) : HKD65
  • Lunch at Masjid Ammar : HKD33/pax
  • Miscellaneous** : HKD110
  • Starbucks at The Peak : HKD36
  • Sweater : HKD130
  • Souvenirs - Tshirts : HKD40 (HKD20/piece)
  • Souvenirs - Fridge magnets : HKD100 (HKD10/piece)
Total expenses for Day 2 : HKD552.60 x RM0.3980 =RM219.93

**benda-benda yang tak perlu tau. 


Day 3

  • Total subway fares : HKD16.30
  • Total buses fares : HKD18.10
  • Sampan ride at  Aberdeen : HKD40/pax
  • Ocean Park entrance fee : HKD245/pax
  • Lunch at Ocean Park : HKD61
  • Souvenirs : Fridge magnet : HKD30
  • Perfumes at Goodyear : HKD650 + HKD605
  • Dinner - Plain rice : HKD15/pack
Total expenses for Day 3 : HKD1,680.40 x RM0.3980 = RM668.80


Day 4 (Macau)

  • Total subway fares** : HKD52.70
  • Turbojet Ferry : HKD159 (to) + HKD184 (fro)
  • Starbucks at The Venetian : HKD34.50/pax
  • Souvenirs - Fridge magnet : HKD67
  • Souvenirs - Tshirts : HKD75 (HKD25/piece)
  • Souvenirs - HRC Sweater : HKD301
  • Souvenirs - sleeveless vest : HKD160
  • Egg tarts : HKD20
  • Mango juice : HKD5/pax (HKD20/drink)
Total expenses for Day 4 : HKD1,058.20 x RM0.3980 = RM421.16

**termasuk tambang subway menuju ke Shenzen


GRAND TOTAL : RM1,807.09

GRAND TOTAL (tidak termasuk hasil shopping melampau)

= (HKD2,094.40 x RM0.3980) + RM203
= RM833.57 + RM203
= RM1,036.57 

Ok, this time aku try untuk eliminate total kos yang terlibat dalam proses shopping barang-barang keinginan aku sendiri. Tapi dalam total kos yang berwarna biru tu, adalah total kos yang sepatutnya termasuk dengan perbelanjaan untuk membeli souvenirs seperti fridge magnets dan jugak t-shirts sahaja. Kiranya, korang kalo nak guna sebagai panduan, sila rujuk kepada warna biru sahaja ye. 

Dalam semua perbelanjaan ni, antara yang aku rasa boleh kurangkan kos yang agak banyak adalah pada accommodation, makanan dan jugak barang-barang souvenirs. Yela, kalo kita travel tu mesti tak lari kalo nak beli souvenirs. Ada orang nak beli untuk semua orang yang kenal kalo boleh, ada orang beli untuk diri sendiri saje. Tapi semuanya bergantung bajet masing-masing. 

Di Hong Kong, accommodation memainkan peranan yang amat penting sebab harga rate untuk hostel pun dah agak mahal. Kene book awal kalo nak dapatkan hostel-hostel yang murah. Begitu jugak makanan. Kami banyak save kat makanan sebab bawak banyak makanan sendiri dari Malaysia. Hanya beli roti mahupun nasik putih je. Ada sesekali tu ada jugak makan kat luar. Nak merasa katanya. 

Papepun, gudluck! 

Memohon penginapan di Malaysia Hall Sydney & Melbourne, Australia

$
0
0
Assalamualaikum!!! 

Since ramai di antara kita yakni rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara seperti Sydney dan jugak Melbourne, Australia ni. Aku terdetik untuk buat entry khusus untuk macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Sydney mahupun Melbourne. Sebabnya... ramai diantara pembaca yang aku rasa masih lagi tidak tahu macam mana nak guna Google. Plus, mereka tertanya-tanya macam mana ye nak apply. Padahal, soalan sesimple macam ni boleh terus direct tanya Google and walla! Terus dapat jawapan. 

Actually, dulu aku pun macam pembaca yang lain jugak yang tak brape mahir nak guna enjin carian seperti Google mahupun Yahoo. Kebanyakkan sumber informasi yang aku nak tahu semuanya aku korek-korek dari enjin carian nih. Tak susah mana pun, nak dan taknak je lebih. Kalo jenis pemalas skit, memang terus nak orang suapkan. Kalo yang rajin, mesti tau. Baca baca dan baca... kemudian fahamkan. Tak susah bukan? I believed that 90% of us are educated citizen. Kalo tidak, takkan nak travel sampai overseas ye dok? Kalo idok, mesti duk pakai cawat sambil menyumpit je keje. 

Ok... tanpa membebel panjang menyebabkan pembaca yang dikasihi kata aku poyo atau berlagak. Meh aku ceritakan macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall nih. Tak susah pun wahai pembaca yang dikasihi... *sarcasm*

  • Kenalpasti tarikh keramat anda travel. Kalo ada exact date lagi bagus. Meaning you already have your own itinenary ketika berada di Sydney mahupun Melbourne. 
  • Kenalpasti samada tarikh anda travel ke sana bertindih atau tidak ketika cuti sekolah students kat sana. Gambar bawah ni jadual waktu persekolahan untuk tahun 2013 yang aku dapat di website          ----> Australian School Holidays



  • Bila masa yang sesuai untuk apply nih? Jawapan aku... kalo korang dah ade exact date bila untuk menginap kat Malaysia Hall ni, better book awal-awal. Walaupun tarikh korang nak travel tu sejauh 6 bulan dari tarikh travel anda. No harm right kalo prepare awal-awal? Kerana Malaysia Hall ni mengamalkan polisi first come, first serve basis. TETAPI, priority tetap diberikan kepada student yang akan melanjutkan pelajaran kat sana untuk transit sementara sebelum mendapat kediaman tetap. 
  • Sebagai contoh, katakan bulan September adalah bulan student Malaysia mendaftar masuk ke universiti masing-masing DAN bulan itu jugaklah anda (traveler) akan travel ke Melbourne misalnya. Maka, kebarangkalian permohonan anda untuk dirijek adalah tinggi kerana keutamaan akan diberikan kepada student tersebut. Ok faham ke idok nih kawan-kawan? 
  • Kalo korang tanya aku, bila dan bulan brape selalunya student akan start semesta baru? Kalo ikutkan informasi yang diberikan oleh kawan aku yang penah belajar kat Melbourne, normally kemasukkan pelajar adalah pada bulan Febuari dan Ogos setiap tahun. Kiranya ni time peak. Maybe takde availability kat Malaysia Hall tu. Tapi sekali lagi, no harm in trying to apply right? Just apply...~ 
  • Bila dah masuk website tu... boleh refer kat gambar di bawah dan perhatikan informasi dalam kotak biru tu. 


  • Kemudian, apa lagi kawan-kawan, isi ler borang tersebut. Bila dah siap, scan dan emailkan borang tersebut kepada alamat email address Malaysia Hall Sydney / Melbourne seperti yang tertera di atas. 
  • Kasik jangkamasa kira-kira 1 hingga 2 minggu untuk menerima jawapan balik dari pihak Malaysia Hall. Kalo ikut pengalaman aku, pihak MH Sydney sedikit lambat dari MH Melbourne. 
  • Kadar bayaran penginapan untuk bukan pelajar (tetamu) adalah sebanyak AUD12/night. Refundable deposit AUD50 + AUD50 (access card + cagaran sewaan) dan service charge AUD15/pax. 
  • So, sifirnya macam ni. Let's say korang stay selama 2 malam (2 orang bersama dalam 1 bilik). Meaning, korang kene bayar macam ni. 
                      Sewa bilik 2 orang untuk 2 malam = AUD12 x 2 malam x 2 orang = AUD48
                       Refundable deposit untuk access card = AUD50
                       Cagaran sewaan = AUD50
                       Service charge (AUD15/pax) = AUD15 x 2 = AUD 30 
                       GRAND TOTAL TO BE PAID = AUD178 

Fakta umum yang patut kita ketahui pada Malaysia Hall Sydney & Melbourne mengikut hasil pembacaan (copypaste) dan pengalaman aku sendiri:
  1. Hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk memohon
  2. Keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar yang tiba bersama suami/isteri dan anak-anak. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum ketibaan.
  3. Pelawat hanya dibenarkan menetap tidak melebihi 5 hari. (kalo ikut pengalaman aku, dapat 6 hari, lebih 1 hari. Semuanya ini ikut kekosongan Malaysia Hall pada ketika itu) 
  4. Pelajar transit yang membawa keluarga boleh menetap di Dewan Malaysia tidak melebihi 3 minggu.(Jika ada kekosongan).
  5. Pihak MSDA berhak untuk menolak mana-mana permohonan jika semua bilik telah ditempah.
  6. Pelajar dibenarkan untuk membuat permohonan bagi pihak keluarga terdekat (Ibubapa, keluarga).
  7. Dewan Malaysia tidak beroperasi seperti Hotel dan tidak menyediakan tuala atau toiletries. (para pemohon kene ingat ni tau!!! takde tuala, sabun, berus gigi, shampoo disediakan.. sila bawak sendiri ye!)
  8. Pantry ada disediakan yang lengkap bersama air panas, microwave, dan peti sejuk. TIDAK DIBENARKAN MEMASAK!Hanya microwave sahaja dibenarkan untuk memanaskan makanan. Sebabnya dorang punye smoke detector giler kentang bagus. Ada bau asap je terus memberikan amaran kepada pihak bomba untuk datang. Jika berlaku false alarm boleh dikenakan denda kalo tak salah aku AUD1,500 jika sabit kesalahan. 
  9. Internet wifi disediakan di living hall yang dikenakan bayaran hanya AUD5/stay. 
  10. Parking space adalah limited lebih kurang 7 tempat letak parking di belakang bangunan. Tak silap, first come first serve basis bagi mereka yang ada sewa kereta. (hanya di MH Melbourne sahaja)
  11. Terdapat kantin untuk mengorder makanan. Kene bagitau awal-awal kepada chef yang bertugas. 
Ok dah tu je kot yang aku rasa nak kongsi bersama korang. Untuk mengetahui macam mana nak pegi ke Malaysia Hall Sydney ataupun Melbourne, korang boleh rujuk kat entry aku yang sebelum ni... 



Kalo ikutkan rasa aku sendiri, penjelasan di atas memang agak detail dan mudah difahami. Oleh itu, saya amat amat amat (3 kali aku ulang "amat" tuh) berharap anda semua para pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam dalam bagaimana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Sydney atau Melbourne. 

Pengalaman aku duk kat MH Melbourne untuk 6 malam, aku sangat puas hati dan seronok. Memang aku rekomen sape-sape yang on tight budget untuk melancong ke Melbourne mahupun Sydney. Tidak ada Malaysia Hall ye kat Gold Coast mahupun Perth (dalam perancangan dengarnya). 

Till then... goodluck applying! God Bless~ 

Floria 2013, Putrajaya : Orchid - Tropical Treasure!

$
0
0
Haaa...

Buat apa korang kat rumah time jerebu-jerebu nih? Aku ni gigih pegi pagi-pagi ke Putrajaya untuk menyaksikan sendiri Floria 2013 dengan bertemakan Orkid. Bertempat di Precint 2, Putrajaya. Ni sebenarnya first time aku datang ke Floria ni. Last year nak gak datang tapi terlupa. This year, memang kene datang gak demi memenuhi keinginan katanya. Haaa... this time aku heret Kak Coco datang bersama. Bolehla dia ceduk-ceduk idea untuk hias taman kat mansion beliau yang baru dibeli katanya. Jutaan ringgit katanya! Tak sabar nak datang housewarming. 

Seawal jam 9 pagi, aku dah terpacak kat parking spot tunggu kak Coco sampai. Tapi nampaknya orang ramai mula datang berpusu-pusu dah. Macam takde kisah akan jerebu yang melanda negara kita sekarang ni. Ada jugak yang pakai topeng. Menyamar katanya. Kalo ada event macam ni, aku suka datang awal pagi sebabnya kurang panas skit dan jugak parking senang carik. 

Tema tahun ni adalah Orkid. Maka, kita akan lihat bermacam-macam jenis bunga orkid yang akan dipamerkan kat sini. Dari jenis orkid tempatan dan jugak jenis hybrid. Dan jugak bermacam-macam warna, bentuk dan jugak saiz. Kalo penggemar bunga-bungaan dan jugak seni hiasan lanscape, aku rasa kat sini memang wajib datang ler. Aku rasa golongan ibu bapa mesti takkan lepaskan peluang. 

Di sini ada beberapa kawasan antaranya ruang pameran, ruangan berair-con untuk seni hiasan untuk pertandingan dan jugak bahagian jualan pelbagai jenis benih-benih bungaan dan etc. 

Aku tak lama kat sini sebab orang semakin ramai, cuaca semakin panas. Sebelum balik, aku dan Kak Coco pegi pekena nasik ayam kat foodcourt yang disediakan. Nampaknya ruangan foodcourt untuk kali ni agak lebih elok dan teratur. 

Butir lengkap mengenai Floria 2013:

Date: 22 June 2013 - 30 June 2013
Time: 9.30pm - 11.30pm
Venue: SisiranTasik, Presint 2
Entrance: Free 

Apa lagi jom layan gambar!






































































Haaa... ape lagi. Jemput datang beramai-ramai! 

Shenzhen, China - Part 1 : Grand Theater Hostel & Shopping!

$
0
0
Okeh!

Nampaknya aku lama tinggal cerita pasal trip aku dan kengkawan menjelajah secara sihat selama 2 minggu. Sebab yang utama adalah malas. Nak menaip panjang pun satu hal gak plus aku agak busy sejak dua menjak ni. Biasalah, kelam-kabut ke sana ke mari memenuhi tuntutan kerja. 

Well, jom aku sambung balik ceritanya...

Dari Hostel Inn, Hong Kong, pagi tu kitaorang semua bangun takdelah lama sangat. Since hari ni kene check-out dalam pukul 11 pagi camtu. Sambil pack barang-barang memenuhi yang kitaorang yang semakin berat tuh. Sabor jela... sape suruh beli banyak barangkan. Nasib baik masih ada ruang kosong lagi. Arini punye plan takdelah pack sangat. Just free and easy kalo boleh. 

Dah semuanya bersiap-sedia untuk bergerak menuju ke Shenzen, aku pegi sorang-sorang dulu untuk check-out sebab bangunan dia kat bahagian lain. Aku suruh mereka yang lain tunggu aku kat bawah je. Biasalah kalo aku ni, suka jalan laju-laju. A few kawan aku komplen kata aku ni jalan laju je manjang. Padahal takde papepun. Hahaha nak buat macam mana kan sebab dah selalu macam ni. By the time aku dah siap check-out, bila aku turun kat bawah, aku tak jumpa pulak dorang yang lain. Haaaa sudah. Ke manakah dorang? Adoyaii.. jenuhla nak pegi carik balik. Dah la masing-masing macam tak roaming kecuali adik Maszuber. Aku lak guna HK punye simkad. Tapi kredit tak brape nak banyak gak. Beg kat belakang ni takyah cakaplah, punye berat plus cuaca arini pun agak panas! Arghhhh!!!! I hate summer. Seriously dowh... 

Taknak buang masa punye pasal, aku call je dorang. Rupanya dorang tersalah bangunan dan dah terlajak. Haaa amek kau. Dah jauh kene jalan kan. Sabor jela. Aku bagitau dorang suruh jumpa kat exit TST station. Senang sebab station tu in between aku dan mereka berada. Ewahh~ 

Untuk ke Shenzen dari Hong Kong via MTR:

1. Dari any point of departure. Aku dari Tsim Tsa Tsui station, aku kene pegi ke East Tsim Tsa Tsui station. Ok yang ni kene jalan underground bagi aku tersangat jauh, tambah pulak dengan beban yang ada kat belakang ni boleh menyebabkan perjalanan menjadi slow. 

2. Dari situ, naik train menuju ke Hung Hom Station (baby blue line). 

3. Dari Hung Hom Station, naik train yang menuju ke Lo Wu Station. Tambang adalah HKD33/pax

Nasib baik time kitaorang naik train menuju ke Lo Wu tu, coach agak kosong. Masing-masing kepenatan. Semua pakat tido dalam train. Perjalanan menuju ke Lo Wu ni mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai. 

Nak masuk ke China, rakyat Malaysia memerlukan visa. Klik ---> Permohonan China Visa 

Dah sampai Lo Wu station, kitaorang refund balik duit Octopus Card sebab balance dalam tu masih ada banyak lagi. Adalah dalam HKD60- HKD80  sorang dapat balik termasuk deposit. Boleh buat belanja lagi. Yeayy! 

And hellloooo Shenzen! 




Dah setel sume urusan dengan pihak imigresen Hong Kong dan China, kitaorang bergerak menuju ke Shenzen Metro (ala-ala MTR gak). Kenela check-in dulu hostel yang dah kitaorang booked. Urusan booking dah dilakukan oleh Maszuber hasil cadangan dari Diana Teo. Thanks babe! Kali ni Shenzen Grand Theater Hostel yang menjadik pilihan kami. Harga untuk 1 malam 54 yuan/semalam. Oklakan takdelah mahal sangat. 

Untuk ke sini takdelah susah sangat. Maybe sebab instruction yang diberikan agak jelas dan tak jauh dari metro station Grand Theater (2yuan/sehala) tu sendiri. Cuma kene tanya orang gak macam mana nak carik building tersebut. Tak banyak buang masa, dan kami berjaya check-in. Hostel ni merupakan sebuah apartment yang diolah menjadi sebuah hostel. Ada 3 bilik semuanya. 

dorm 6 katil di tingkat 28

ruang tamu. abaikan sotong kering yang bergelimpangan

receptionist

Masing-masing rebahkan diri atas katil. Fuhhh~ lega sungguh rasanya dapat lepaskan beban atas bahu ni. Rehat dan mandi dulu. Makan makanan yang masih lagi ada yang kami bawak tu. Sempat gak kira duit yuan yang tinggal. Hiks. Kami akan menginap kat sini selama 2 malam. 


Aktiviti untuk petang ni, apa lagi kan... shopping!!! dan selepas tu kesengsaraan telah timbul dengan jayanya. Tobat tobat tobattttt! 

Untuk shopping ni, kitaorang pegi balik ke Lo Wu station. Sebab kat situlah terletaknya Louhu Commercial Centre. Kompleks membeli-belah yang aku rasa amatlah berbaloi untuk shopping. Bermaca-macam barangan boleh beli kat sini. Aku awal-awal lagi dah simpan DSLR, jam tangan aku dalam beg. Takmo kasik dorang nampak kita bawak benda-benda mahal. Nanti senang nak bargain dengan dorang. Maka takdelah gambar kat sini. 

Hasil shopping? Hurm.. lupa nak snapped. Nantilah aku try korek-korek gambar kot-kot ada. Hiks. Malam baru kami balik berehat. Giler lama bertapa dalam tu. Ada yang beli beg, ada yang kain pasang untuk ahli keluarga, ada yang buat baju! 


Louhu Commercial  Centre

Louhu Port, imigresen

Ok... dah penat menaip. Nothing much to tell sebab kat  Shenzen ni, aktiviti banyak diabeskan dengan shopping. What to do~ 

Till then.. bye! 

Shenzhen, China - Part 2 : Jenjalan Sekitar Taman!

$
0
0
Dah penat shopping kat Shenzen? 

Haaa... tu antara ungkapan aku dalam hati. Esoknya hari ke-2 kami di Shenzen, plan hari ni nak jejalan kat salah sebuah taman yang ada kat Shenzen ni iaitu Lianhua Mountain Park. Letaknya tidak brape nak jauh dari lokasi hostel kami ni. Hanya perlu naik bas saje dari tempat kami. Why not saje jejalankan sambil menunggu ketibaan Dato' Masmz (dah bergelar Dato' ye) yang akan tiba di Shenzen lebih kurang jam 10 pagi. 

Honestly, tujuan kami nak ke taman hanyalah agak sia-sia sebab tak jumpa pun taman tersebut. By the time kami jumpa papan tanda taman tersebut, time tu dah almost tengah hari dan kitaorang perlu balik semula ke hostel untuk berjumpa dengan Dato' Masmz. Time ni giler babs punye penat. Kaki pun dah longlai kene seret. Bahasa merupakan paling serius time ni. Tanya kat mana taman pun taktau okeh! Stress pokcik! 

Papepun, layan jela gambar-gambar yang sempat aku snapped ketika dalam perjalanan. 


maybe kalo beli kain kat sini lagi murah? who knows? 

perangai bangang masyarakat kat sini, nak buat u-turn kat jalan kecik dan time jalan sesak


signboard dalam bahasa cina. macam mana nak faham ni??? arghhh! 


motif adik comel posing atas batu? 

kalo kat malaysia, kita biasa tengok pakcik-pakcik tua naik haji kat kedai-kedai kopi, this time kat sini tengah syiookkk main judi kat tepi-tepi jalan raya macam ni. pemandangan biasa. 


do u love China? 

Ok dah... malas nak menaip! 

Till then... 

Shenzhen, China - Part 3 : Windows of the World

$
0
0
Ayuhhh!!! 

Ayuh ke mana? Haaa... ke Windows of the World. Ia sebuah tempat yang aku dah lama nak jejak sendiri kat sini. Kalo ikutkan kunjungan aku pada tahun 2010 ranap akibat hujan lebat. Perkataan ranap digunakan kat situ. Vocab melayu kene daboom ya. Ahaks! Taman tema ni mirip kepada miniatureland yang kita penah lihat atau terbaca seperti yang ada kat Jeju Island, Korea, Belgium, Legoland Johor pun ade dan beberapa negara yang aku sendiri tak pasti. Kene banyak kaji lagi ni. 

Miniatureland ni merupakan taman yang membina bangunan-bangunan yang menjadi lambang atau kebanggan sesebuah negara di dunia ni tetapi saiznya dalam bentuk sedikit kecil dari yang asal. Mampos ko nak bina sebijik sejibun macam yang original kan. Bak duit katanya! 

So, this time around aku make sure aku masuk dan posing maut kat sini. Ahaks. Nak ke sini tak susah mana pun. Just naik metro line hijau menuju ke Windows of the World Station. Kalo dari Lo Wo tambangnya dalam 4 yuan/sehala. Harga tiket masuk pulak adalah berharga 160 yuan/pax. Wahhh! Dah naik harga. Hukhukhuk.... 

Time kitaorang sampai ni adalah lebih kurang jam 3 petang. Cuaca pun sedang-sedang elok. Nape datang petang, sebabnya nak stay sampai malam. Nanti bangunan Eiffel Tower tu akan dinyalakan lampunya. Fefeeling kat Paris gituh! Hahaha. 

Aku actually underestimate keluasan dalam Windows of the World ni. Aku ingatkan sempatlah cover semua area dari pagi hingga malam tu. Tetapi...sebenarnya memang tak cukup. Nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat tu agak memakan masa. Dan taman ni terbahagi kepada beberapa zon-zon benua seperti: 

a) Asia
  • The Grand Palace of Thailand
  • The Throne Hall of Kyongbok Palace, South Korea
  • Itsukushima Shrine, Japan
  • Shirasagi Castle in Himeji, Japan
  • Katsura Detached Palace, Japan
  • Fuji 4D cinema, Japan
  • Borobudur, Indonesia
  • The Angkor Wat, Cambodia
  • Taj Mahal, India
  • Shwedagon Pagoda, Myanmar
  • The Tower of Kuwait
  • The Merlion, Singapore
  • Arabian Square of Islamic Mosque and Coffee Pot
  • Southeast Asian Waterside Village
  • Modhere Sacred Well, India
  • Bhaja Chaitya Hall, India


Antara gambar yang sempat aku amek dek disebabkan tak cukup masa. Yang takde tu kira memang takde dalam simpanan aku. Sob sob sob.. tapi takpe aku tak ralat. Honestly, masa kitaorang aritu banyak diabeskan kat bahagian Asia je. Nyesal okehhh! Patutnya pusing dulu belah Amerika sana. Yela, jauh kot nak sampai betol-betol ke negara Uncle Sam tuh. 

sekitar area pintu masuk Windows of the World

The Glass Pyramid of Lourve, France (entrance to subway station). yang ni Chawanna and Fida Jacob penah sampai. 





Relief wall of World Civilazation


China Gate!

Shwedagon Pagoda, Myanmar 

Shwedagon Pagoda, Myanmar 

sebuah kuil yang terdapat di negara Laos

ni pulak Angkor Wat, Cambodia. bila nak sampai sini nihhh!!!

kaki lima kat Angkor Wat

patung dewa-dewa dikecilkan di Angkor Wat punya replika

sunset di Angkot Wat? Pffttt!

Candi Borobudur di Indonesia. yang ni aku penah sampai dengan Janggeltrekker. ce carik mana aku? Kekeke

Candi Borobudur, Indonesia

The Grand Palace of Thailand

kalo tak silap aku ni pulak adalah Katsura Detached Palace, Japan

jom masuk mengadap! ni anakanda maharaja datang nih! 

sekarang sakura di Japan??? sebuah taman Jepun yang direka untuk merasai suasana ketika musim bunga (Biqque penah merasa yang original punye) 


Itsukushima Shrine, Japan

ko ingat bunga real?? pffttt! bunga plastik je uols! katanya Cik Ta

2) Oceania
  • The Maorish Dwelling House
  • Sydney Opera House
3) Eropah
  • Eiffel Tower, France
  • Buckingham Palace, Britain
  • Houses of Parliament, Britain
  • Stonehedge, Britain
  • Courts of Lions in Alhambra Palace, Spain,
  • Alcazar Palace,  Spain
  • The Pisa Leaning Tower, Italy
  • Notre Dame, France
  • Saint Michael Abbey, France
  • The Colosseum,  Italy
  • The Spanish Steps, Italy
  • Versalles Palace, France
  • Cologne Catheral,  Germany
  • Triumphal Arch, France
  • Venice, St. Mark's Square, Italy
  • The Idyllic Sights of Windmills and Tulips, Holland
  • The Piazza Della Signoria, Italy
  • The Acropolis of Athens, Greece
  • The Wall and Clock Towers of Kremlin, Russia
  • London Tower Bridge, Britain
  • The Fountain of the Observatiory, France
  • Cross Europe
  • Paris Spring Shopping Plaza
  • Guell Park, Spain

Alcazar Palace, Spain

Alcazar Palace, Spain kawasan perumahan atas bukit

Alcazar Palace, Spain

Venice, St. Mark's Square, Italy

Venice, St. Mark's Square, Italy

Venice, St. Mark's Square, Italy, kaki lima dia je. size sebenar adalah sebesar tapak kaki aku je

Venice, St. Mark's Square, Italy

tulips di Holland??? Bunga plastik je! 


windmills di Holland

bunga tulips

somewhere kat Spain sana binaan macam kat Barcelona


Saint Michael Abbey, France


Tak sempat pusing abes pun.. banyak tempat yang tertinggal.  By the time kitaorang dah kat area Europe ni hari dah semakin gelap macam nak masuk Maghrib dah. Kene cepat-cepat cover selagi boleh! 

4) Africa
  • Pyramids of Giza, Eygpt
  • The Great Temple of Abu Simbel, Eygpt
  • Kenyan National Park
  • The African Dwelling House
  • Pyramid Fantasy

The Great Temple of Abu  Simbel, Eygpt

Kenyan National Park

Kenyan National Park

The Pyramids of Giza, Eygpt


By the time kitaorang sampai kat area eropah lagi skali, this time memang takleh nak buat apa dah... memang dah almost gelap. Layan jela gambar-gambar terakhir ni...

The Acropolis of Athens, Greece (Lily Riani penah sampai!)

The Colleseum, Italy

Triumph Arch, France

Houses of Parliament, Britain

The London Bridge ya'll


The Eiffel Tower, France! 


Kat area Eiffel Tower ni ada banyak kerusi kalo nak duduk sambil makan-makan. So, kitaorang pun makan la roti dan tuna magic kami yang amat sedap itu. Makan tak sampai 2 keping roti, tak semena-mena tanpa ada signal, hujan turun mencurah-curah dengan sangat lebatttt!!!! Takleh nak buat apa dah. Terus berlari ke bawah bangunan. Angin pulak memang kuat. Nampaknya exploration kami memang berakhir sampai kat sini je. Huhuhu.. .

Antara area yang memang tak sempat kami jelajah ialah:

5) Benua Amerika
  • Flying Over America
  • The Niagara Falls
  • Mount Rushmore National Memorial
  • The White House
  • Skyscrappers in Manhattan
  • Mount Corcovado, Brazil
  • The Statue of Liberty
  • The Houses of Parliament in Brasilia, Brazil
  • The Totem-Pole of North America Indians
  • The Statue of Warriors, Mexico
  • The Capitol
  • Jefferson Memorial
  • Lincoln Memorial
  • The Globose, Mexico
  • The Statues of Easter Island, Chile
  • Linear Drawings of Nasca, Peru
  • Venezuela Mountains Torrent
  • Hawaiian Volcanoes
  • Greenland Underground Exploration
  • Colorado Adventure Rafting
  • Inca Rock Climbing
  • Amazon Bobkart Slide
  • Indian  Archery
  • The Indian Dwelling House


Ok tu antara yang ada kat Windows of the World ni. Ada a few parks selain daripada miniatures ni semua yakni Jurassic Park, Snow World, Islamic Street, Asia Street dan lain-lain. Aku rasa memang kene allocate 1 hari full untuk xplore semua tempat yang ada plus dorang pun ada show di setiap benua. Kene alert dengan jadual petunjukan. Tapi dimana Petronas Twin Towers kita??? 

Ok dah... panjang dah ni. 

Bye!

Kaki Berangan is in Kosmo!

$
0
0
OMG!!!

Macam tulah gamaknya sebab terkejut dek kerana blog KakiBerangan tiba-tiba terselit dalam ruangan Inspirasi dalam akhbar Kosmo arini. Actually aku sendiri taktau langsung pasal benda ni plus aku tau sebab ada sorang pembaca tagged gambar di instagram. Gigih pegi carik 7-eleven yang ade jual lagi Kosmo ni. Last piece jumpa gak. Hahahah

Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada wartawan tersebut atas artikel tersebut. Tak penah masuk surat khabar lagi. Tido sambil senyum la gamaknya! Hahaha

P/s: travellah dengan budget yang kita sendiri mampu.tak perlu mengikut orang lain kerana anda sendiri tau apa yang anda mahu dan apa yang anda ada...



Thank you!!!

Review : QuaySide Hotel Melaka

$
0
0
First time! 

Haaa... first time aku dapat emel dari pihak sebuah hotel kat Melaka suruh buat review pasal hotel mereka yang baru je bukak. Katanya sebuah boutique hotel. Special thanks to Mr. Stuart Dalrymple sebab sudi menjemput aku ke sana selepas beberapa tarikh aku tunda dek kerana kerja dan komitmen lain. So, last weekend aku berjaya ke sana sambil heret sama Janggeltrekker. 

Ni pun first time aku nak pegi atau menginap kat hotel jenis butik ni. Yela, sebelum ni penah duk hotel yang tak brape nak membutik sangat pun. Why not sambut invitation untuk buat review hotel ni dengan tangan terbuka. Alhamdulillah rejeki... 

Istimewanya QuaySide Hotel Melaka ni ialah kerana pada asalnya bangunannya adalah sebuah gudang ataupun warehouse yang dah diolah menjadi sebuah 3-stars boutique hotel. Untuk melihat websitenya boleh rujuk ---> QuaySide Hotel Melaka

This is my first time, i hope i will give my best to review this hotel even though I think I may not good as others. 

1. Mengenai QuaySide Hotel Melaka

~Merupakan sebuah hotel butik yang diubahsuai daripada sebuah gudang menjadi sebuah hotel yang bertaraf 3-bintang yang terletak di tengah-tengah Melaka Bandaraya Bersejarah dan jugak di tebing sungai  Melaka. Jujurnya, hotel ni memang betol-betol dekat dengan pelbagai tourist attraction seperti Bangunan Stadhuys, Jonker Walk, A'Famosa, the newly opened Hard Rock Cafe Melaka dan lain-lain lagi~




  
2. Ruang pendaftaran, lobi dan kawasan parking (The Receptionist, Lobby and Parking)

~Time aku sampai di kawasan hotel lebih kurang jam 11 pagi, time ni boleh dikatakan peak hour untuk kawasan Melaka ni tambahan pulak ni weekend. So, must expect the crowd will be huge. Been informed by Mr. Stuart that the parking might not be available if we reach there in the afternoon. Ada kawasan parking bersebelahan dengan balai polis Melaka dengan bayaran untuk per entry adalah RM2 ataupun RM10/night~

~Tiba masanya untuk check-in, aku honestly agak terkejut bagaimana sebuah gudang lama diolah menjadi sebuah hotel butik yang bagi aku agak menarik. Hiasan dalaman yang tidak begitu menyemakkan dan nampak cozy. Ruangan lobi yang agak luas dan selesa. The receptionist on that day was a young guy who was really nice and friendly~

baru sahaja dirasmikan pada 24 Jun 2013 yang lepas

lobi

pandangan dari bahagian atas


3. Bilik yang disediakan (The Rooms)

Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan antaranya ialah Superior, Premium, Suite dan jugak Family Suite.         Klik ---> ROOMS for more info. Terdapat dua jenis view yang boleh dipilih samada river view ataupun street view. Personally, the best option is river view with balcony. 

I was lucky enough to be given a Mawar Suite located on the top floor facing the Melaka River. Honestly, I would say this room is quite big complete with all the basic furnitures that we always saw in a normal hotel rooms such as bedside tables, work-table, wardrobe. Tak lupa wifi di setiap bilik dan lobby. Agak laju ye... itu adalah amat penting bagi zaman sekarang untuk setiap hotel mempunyai free wifi yang laju. 

Mawar Suite mempunyai: 

  • River View
  • Air Conditioning
  • Ergonomic Desk Chair
  • Custom Edison Vintage Lamps
  • Lounge Chair
  • Samsung LCD TV with local & 5 cable channels
  • Non-Smoking
  • King Bed with both soft & firm pillows.
  • Coffee, Tea & Jug
  • Hairdryer upon request
  • Iron/board upon request
  • Bathroom Slippers
  • Bathroom Robe
  • Mini fridge
  • Avalon & Gray bathroom amenities
  • Touch-on door access security card
  • FREE WiFi Internet (in-room & lobby)
  • 24-hour reception
  • 24-hour security patrol & CCTV
  • Safety Box
Oh mai... bila duk terlentang atas katil, tilam dan bantal dia sangat lembut! Haishh... takmau keluar pegi mana-mana gamaknya. Bilik air dia pulak memang jenis yang suka. Luas dan modern style. Ada see-thru ruangan untuk shower. Seksi gitew. Hahaha. 








view dari bilik Mawar Suite


lampu ni sangat unik!

4. Sarapan pagi (Breakfast)

~Sarapan pagi diberi secara percuma atau complimentary to all hotel guests. Sarapan disediakan di Halia Inc. sebuah coffee house yang terletak bersebelahan hotel ini. Rekaan dalaman Halia  Inc ni boleh dikatakan seakan-akan Plan B Cafe bagi sesiapa yang penah pegi. Pendapat aku sendiri, aku suka konsep macam ni sebab tak serabut dan nampak relax. Keluasan cafe ini sendiri boleh memuatkan kira-kira 150 - 200 orang pada satu-satu masa~

~Seleksi sarapan pagi adalah ok bagi aku. Terdiri daripada nasi dan mihun goreng, scrabble egg with variety of breads, bubur nasi, roti canai, baked beans, dan jugak buah-buahan dan kuih muih.~










5. Tempat-tempat menarik di sekitar The QuaySide Hotel Melaka

Dari hotel ni, aku boleh katakan antara hotel yang betol-betol dekat dengan jam besar kaler merah kat Melaka tu. Hanya terletak lebih kurang 150 meter untuk ke jam besar, The Hard Rock Cafe Melaka, Jonker Walk dan jugak Melaka River Cruise tak lupa Cendol Jam Besar yang terkenal tuh.  Jom pekena dulu 2 mangkuk! 







6. Maklumat lanjut:

Alamat: No.1 Jalan Merdeka
               QuaySide Heritage Centre
               Bandar Hilir, 75000 Melaka

Tel: +06 284 1001 
Fax: +06 284 1002
Emel: hello@quaysidehotel.com.my


Untuk penutup, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Stuart dan jugak kakitangan The QuaySide Hotel Melaka atas layanan yang diberikan and i hope the best of luck to you guys in your business. Sebarang kekurangan diatas review ini harap dimaafkan. 

Till then...bye! 

Guilin, China : Part 1 - Perjalanan ke Guilin & Wada Hostel!

$
0
0
Bersambung dari SINI 


Dah abes pusing WOW sebelum ni, actually aku dan Masmz sempat lagi terjah ke Louhu sebab nak temankan Masmz untuk shopping barang-barang terakhir beliau. Harap-harap sempat. Time ni sempatlah rembat bag luggage untuk bawak pulang. Banyak gaklah Masmz ni beli hasil hasutan aku dan jugak nafsu shopping dia sendiri. Hiks. Sabar jela... lama giler kitaorang duk bertapa kat sebuah kedai ni. Duk bargain lagi tu yang kadang-kadang amek masa. Kitaorang blah tu memang 70% kedai dah tutup.... dan salesgirls tu siap ikut aku dan Masmz balik ke hostel lagi. Apa yang terjadi? Aku malas nak type part tu. Biasalah rahsia. Hiks. Nak tergelak pun ada dek kegigihan salesgirls. Degil taknak dengar cakap aku, dan taknak tunggu esok! Nasib baik muka comel macam Seo Hyun ahli member Girl's Generation. Hahaha. 



***************


Esoknya, actually kitaorang sempat lagi pegi ke Louhu untuk shopping-shopping kali terakhir.. Haaa brape banyak kali terakhir pun aku taktaulah. Memang kali ni sangat epic! Tapi semalam before gerak ke WOW, kitaorang berjaya dapatkan tiket sleeper bus menuju ke Guilin. Our next destinastion. Our first option ialah nak beli tiket train. Ingatkan nak beli 2 hari awal, masih lagi available. Tapi, nasib kitaorang agak malang, semua tiket untuk Guilin on the date that we want memang semuanya sold out! Macam mana kami tau dah sold out? Sebabnya owner kepada hostel kami tu tolong checkkan terus online samada tiket masih lagi available ke tak. Semua date dia check dari setiap stesen yang ada. The only option yang ada kalo gigih sangat nak naik train adalah the next day which for us was totally a no-no. Nak tak nak... kenela beli tiket bas. Kalo ikutkan owner hostel tu gak, tiket bus pun dah banyak sold out. Adoyaiiii.... macam mana ni??? Dahla tiket bas tu takleh beli kat Louhu Station. Kene pegi ke another station yang tak jauh dari hostel kami ni. Masing-masing dah gelabah anjing dah ni. Ok macam ni, kita pegi dulu ke Louhu Station. Tanya samada tiket train atau bas masih lagi ada ke tak. Huhuhu.... 

Mula-mula tu pegi ke train station, tanya macam ayam itik. Tapi nasi baik dorang faham. Tapi seperti yang dijangka, memang tiket dah totally sold out. Hurm.... hampa. Terus pegi ke stesen bas lak kat Louhu tu yang. Ada sorang minah cina tu approach kami nak pegi mana. Bagitau la dia nak beli tiket bas ke Guilin. Dia gigih tolong bawakkan ke tempat tiket. Bila-bila kaunter, nasib baik tiket masih lagi available. Alhamdulillah.... thanks to her. Tiket untuk ke Guilin yakni sleeper bus adalah berharga 240 yuan/pax untuk perjalanan more than 10 hours. Haaa.... macam mana nak cakap tu? Honestly, aku dah lupa brape lak harga tiket untuk train. Rasanya sedikit murah. Bergantung kepada class yang dipilih. 

Untuk macam mana nak check harga tiket train dan jugak jadual boleh rujuk ke laman web di bawah: -


Bagi pelancong asing macam kami ni, kalo nak beli tiket train, make sure bawak passport masing-masing sebabnya di tiket nanti akan diletakkan details passport kita bersama. Pastu, kalo nak beli tiket ke sesuatu destinasi seperti kitaorang ni dari Shenzen ke Guilin. Kalo beli kene beli atleast 5 - 8 hari awal dari tarikh berlepas untuk mengelakkan kekecewaan seperti kami ni haaa... Aku ingatkan bukan musim peak season. Jangkaan aku salah. Yela, rakyat China ni more than 1 billion. Kene la compete dengan dorang. Kalo lambat, confirm terlepas peluang. 

Ok bersambung pasal harga tiket sleeper bas tadi tu. Nak tak nak kitaorang kene amek gak. Tapi aku try bargain. Apa lagi gunala kehenseman aku yang tak seberapa ni untuk menggoda makcik tiket tu mintak diskaun.  Gesel-gesel skit, dia pun kasiklah diskaun jadik harga tiket tu 220 yuan sorang. Jadikla kan... dari takde diskaun langsung. Hahahah happy jap bila memikirkan insiden tu. Terus dorang yang lain kata makcik tu mak ayam aku.  Motif?? Hahahah sengals. 



Esoknya... pagi tu kitaorang terjah semula ke Louhu Commercial Centre sebabnya nak shopping lagi korang hoiiii! Ada kawan kitaorang tu siap nak amek tempahan baju yang dah buat. Untuk raya katanya! Gigih tak kat situ. Lagipun bas kitaorang akan bertolak jam 6.30 petang nanti. So, ada banyak masa lagi la... Nak berjalan amek angin? Takde maknanya!!! Saat-saat ni memang diabeskan untuk shopping segala duit yang ada ni. Tak ingat diri nih! Walhal lama lagi nak bertapa kat China ni. Sabor jela... Dah abes dan penat shopping, kitaorang balik semula ke hostel. Dah check-out pagi-pagi lagi. Tinggal bag yang berat-berat kat situ je. Balik semula untuk solat dan makan lunch ringan-ringan sebelum bertolak ke stesen bas. 

Ok... aku rasa panjang pulak aku membebel dalam entry kali ni. Haishhh!!! Bas tu actually beberapa kali delay tapi takdelah lama sangat dalam sejam lebih camtu. Akhirnya kami dibawa untuk naik sleeper bas. Tapi sebelum nak naik bas tu. Maszuber dah hilangkan tiket! Takke gelabah beruk time tu??? Dah la nak naik bas ni. Maunya dorang mintak, tak ke Guilin la kitaorang nanti. Muka sorang-sorang dah pucat lesi. Tapi aku try jugak bagitau orang tiket tu, yang tiket kitaorang dah misplaced. Haaaa.... nasib baik dia kasik naik.  Alhamdulillah... Ni adalah first time naik sleeper bas. Agak terkujat gakla sebab sebelum naik bas tu kene tanggalkan kasut. Sempit hoii aku cakap! Overalla, masing-masing tido lena dalam bas tu walaupun sempit. 



Selepas melalui perjalanan yang agak lama more than 10 hours, alhamdulillah kami selamat sampai ke Guilin. Lebih kurang jam 7 pagi. Aku dah print siap-siap direction menuju ke Wada Hostel, Guilin dan aku booked hostel ni via online lebih kurang more than 4 months before our trip ni. Dah baca review semuanya high rating. Plus, harganya amat-amat murah! Amek 4-bed dorms yang berharga 36 yuan/pax. Takke terkujat tu murah benor regenya? 

Okeh, sebelum nak sampai ke hostel ni. Actually, kalo ikutkan the actual direction ni dari Guilin Bus Station. Aku ingatkan bas ni memang berhenti kat Guilin Bus Station. TETAPI! Rupanya tidak ye... aku pun taktau mana dorang humbankan kami. Berjalan ke sana ke mari tanpa hala tuju. Hanya orang lalu lalang semuanya taktau kat mana lokasi hostel tu. Duk berjalan ke kiri kanan tanpa arah tujuan. Nak amek teksi masing-masing macam taktau. Dahla masing-masing penatkan... taktau laaa nak kata apa dah. Ikut kata hati je seret kaki dengan bag masing-masing. 

Tapi tiba-tiba ada sorang mamat bermotor ni, macam berniat baik nak tolong bawak kami ke hostel kami. Katanya dia tau. So, kitaorang just follow dia lebih kurang more than 1 more hour la duk berjalan sambil seret bag troli dengan bagpack lagi tu toksah cakap la. Duk lalu pasar basah lagi, anjing berkeliarang ni. Adoyaiiii dugaan betol kali ni. Hampir putus asa dah masing-masing. Time macam gini, boleh bawak gadoh antara satu sama lain. Ok semua kene sabar..... 

Akhirnya.... kami sampailah ke tempat yang dituju! Alhamdulillah sangat-sangat! Rasa nak buat sujud syukur atas jalan yang berdebu time tu gak! Dan dan nak ucapkan terima kasih kepada mamat bermotor tu. Ingatkan dia tolong ikhlas. Rupanya TIDAK! Siap mintak tips lagi ok. Dia nak tak silap aku 100 yuan. Pegi mampos! Aku dah naik darah dah. Memikirkan di tempat orang ni, eloklah aku jaga diri. Aku just kasik 20 yuan je then blah dari situ. Muka dia macam tak puas hati. Tapi lantaklah! Ada siput babi disebalik mee wantan rupanya! 

Ok... berlalu dengan penuh kecewa dek kene tipu, penat dan taktau nak kata apa dah.... Nasib baik boleh terus check-in walaupun time tu masih lagi awal dalam pukul 9.30 pagi camtu. Bolehla kitaorang berehat dulu sementelah menunggi ketibaan para ahli rombongan lain yakni Janggeltrekker, Kak Coco dan jugak Dan Arif dari Kuala Lumpur. 

Jom layan gambar di sekitar Wada Hostel. 


actually aku suka katil jenis bunkbed dia sebab di setiap katil ada langsir untuk privasi masing-masing



reception

eh, ada banyak bendera la... ni adalah loker 


ruangan lepak-lepak dan beramas-mesra

boardgames kalo berminat nak main 

hallway menuju ke bilik masing-masing

Kat sinilah akhirnya kitaorang berjaya access Facebook! Sebabnya pihak hostel ni dah guna proxy dan ip address berlainan. So, bolehla bukak FB dan jugak blogspot. Dapat gak berhubung dengan ahli-ahli Travelholicawesome yang lain-lain. Pekerja dorang pun memang fasih berbahasa Inggeris. Don't worry. 

Akhirnya dapat gak berehat atas katil yang empuk! Tak lama selepas tu, ketibaan mereka yang lain di tiba dengan jayanya. Happy kot nampak dorang sampai! Dapat gak kongsi kesusahan bersama. Hiks. 

Kasik dorang check-in dulu kasik hilang penat. Lebih kurang jam 1 petang, kitaorang keluar untuk jejalan ataupun meneroka Guilin. Takleh buang masa sangat sebab tak panjang jangkamasa berada di Guilin ni. 

Untuk membaca kisah ketibaan mereka boleh klik link bawah ni:

a) Janggeltrekker ---> Kisah Mereka di Guilin

Tapi sebelum pape yang berlaku, kitaorang kene beli dulu tiket train menuju ke Nanning. Dah tanya kat receptionist tu macam mana nak pegi ke train station. Dia bekalkan 1 map yang lengkap dengan tourist attraction, bas route dan main points. Dari Wada Hostel ni, kitaorang hanya perlu lebih kurang 500 meter menuju ke train station. Kalo nak naik bas pun boleh takde masalah. Kekerapan adalah tinggi. So, no worries. Tambang hanyalah 1 yuan seorang. Murah kan? 

suka dia dapat jumpa buah hati


Perjalanan train dari Guilin ke Nanning akan mengambil masa kira-kira 6 jam. So, takdelah lama sangat. Since most of us takde banyak duit yuan mana yang tinggal,  masing-masing agreed untuk amek normal seats yang berharga 65 yuan/pax. Ok.. this time aku ingatkan normal seat macam dalam train KTM kat Malaysia ni. Takde masalah la kot since 6 jam je. 

Sambungannya nanti... aku cite. 

Tapi sebelum nak beli tiket tu, macam mana nak beli tiket. Papan tanda semuanya dalam bahasa cina! Tapi jangan risau, just approach kat kaunter informasi dan bagitau destinasi kita. Nanti tuju jela ke nombor kaunter yang sepatutnya. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Tiket sudah dibeli.... dan ke mana kita? By the way, jangan lupa kasik passport masing-masing ye untuk beli tiket tu. 


Ok dah panjang ni.... nanti aku sambung la ye... yang penting kitaorang naik bas no.3 menuju ke 1 destinasi yang berharga 1 yuan...






Ok dah... nanti sambung!

Till then...bye! 

2013 : Travelholicawesome is Away!

$
0
0

Let's hit the beach Miss B!


Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini

~Zurinah Hassan~





Guilin, China : Part 2 - Reed Flute Cave

$
0
0
Holla! 

Selamat kembali. Baru je balik dari Pulau Langkawi bersama Travelholicawesome untuk percutian tahunan (insyaALLAH berkekalan ke kiamat hendaknya) selama 3h2m. Overall, it was always the best trip with your closest friends in traveling world. Walaupun hujan menjadi halangan utama tapi tu tak jadik masalah. Bak kata Biqque, walaupun gambar tak banyak amek, but the moments and memories menjadi kenangan berharga. Thanks to all. God bless you guys! 

********************************************

Bersambung dari Part 1

Dari stesen bas depan Guilin Train station tu, kitaorang naik bas yang bernombor 3 untuk menuju ke Reed Flute Cave. Salah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati kalo kita datang ke Guilin ni. Kiranya, kalo google je memang bersepah orang dah penah sampai sini. Aku je yang terlambat skit. Skit jela... Tambang bas brape? Haaaa tak mahal pun hanya 1 yuan/pax. Korang naiklah mana-mana nak ke mana-mana sekali pun, tambang bas tetap 1 yuan. Murah dok? Kekerapan bas sangat tinggi so jangan risau. 

Jarak perjalanan dari stesen bas menuju ke Reed Flute Cave tak jauh mana pun. Dalam 15 minit perjalanan bergantung kepada trafik. Tak silap aku stesen yang patut turun kat Reed Flute Cave ni adalah yang terakhir. Kiranya bas ni memang akan keluar dari pusat bandar Guilin. Aku time ni tertido dalam bas. Bangun-bangun dah kene turun. Mamai ler katakan. Time ni macam baru lepas hujan. Kiranya keadaan sekeliling basah je. 

Amek gambar kawasan sekitar dulu... 


COMEY TAK KAK TON???? 



 
Time ni tak silap aku dah dekat pukul 4 lebih kot. Hari nampaknya macam nak gelap je. Tanpa buang masa, terus kitaorang menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke Reed Flute Cave ni. Tengok keadaan sekeliling macam tak ramai orang je. Maybe sebab hujan kot. 

Nak sampai ke kaunter tu tiket tu, macam kene mendaki anak tangga menuju ke bahagian atas. 





Tiket masuk ke Reed Flute Cave ni berharga 90 yuan/pax (RM45), perghhh mahalkan? Bagi aku harga tiket ni macam overpriced skit. Yela, tak expect ape yang ada kat dalam tu selain gua yang dinyalakan lampu yang berwarna warni. Nak taknak, beli jela masuk. Yela, datang jauh dari Malaysia ok. Takkan taknak masuk. Walaupun orang kata terlalu touristy, ada aku kisah? Hahaha. 

Selain Reed Flute Cave ni, ada beberapa lagi tempat menarik untuk dilawati di kawasan sekitar Elephant Hill, Fubo Hill, Seven Star Scenic Cave dan jugak Diecai Hill. Semua tempat-tempat ni memang dikenakan bayaran masuk. Kalo nak jimat, aku rasa patut beli tiket yang jenis combo seperti yang tertera pada gambar kat bawah ni haa... Walaupun harganya memang boleh kita pitam, tapi better dari beli tiket satu-satu. Tapi bagi kitaorang yang tak punya banyak masa nak explore semua tempat-tempat menarik yang aku sebut kat sana, aku sendiri dah rasa memadai untuk pegi ke Reed Flute Cave. Maybe boleh ke tempat lain bergantung kepada minat masing-masing nak tengok apa. 

harga tiket kombo kalo berminat


Apa yang ada kat Reed Flute Cave ni? 

the Reed Flute Cave is a brilliant cave marked on almost all travel itineraries. The cave got its name from the verdant reeds growing outside it, with which people make flutes. Inside this water-eroded cave is a spectacular world of various stalactites, stone pillars and rock formations created by carbonate deposition. Illuminated by colored lighting, the fantastic spectacle is found in many variations along this 240-meter-long cave. Walking through the serried stone pillars, tourists feast their eyes on changing spots, feeling they are in a paradise where the Gods live.

Tourists enter the cave and then take a U-shaped sight-seeing route to see different spots, whereupon they exit it from another cave quite near the entrance one. One trip lasts about one hour. It is a Chinese habit to give each formation a legendary or poetic name such as Crystal Palace, Dragon Pagoda, Virgin Forest, Flower and Fruit Mountain and other interesting names. For some of these names, you need to use your imagination, but the story behind each is quite fun. It's a pleasure to listen to romantic or fairy tales whilst appreciating the fantastic stone formations. Both the stories and the lighting add mystery to the scene. Although there are different kinds of lighting inside, you are not supposed to take photos unless you are a professional photographer, because the light inside is not sufficient for exposure. At some spots, such as the Crystal Palace or Flower and Fruit Mountain, special photography is offered at 20 yuan for one picture. (They use special equipment to provide enough illumination.) Some 70 inscriptions on the cave wall are said to be travelogues and poems derived from the Tang Dynasty, which made the cave a popular tourist site at that time.


Jom layan gambar bahagian dalam gua berwarna nih! Jom muntah ramai-ramai... Kalo ikutkan informasi yang diberikan, setiap ruang dalam gua ni ada macam-macam bentuk. Kalo imaginasi yang tinggi memang boleh nampak bentuk-bentuk seperti yang diperkatakan. 


yang macam bentuk singa. ada nampak tak? tengok kat lampu kaler oren tu ada 2 ekor singa



tak silap yang berbentuk air terjun


yang ni pulak berbentuk Bukit Cendawan







imbasan pada air takungan

otak manusia??? 

the best view for me! reflection!










dasar laut ke ni? 




Kitaorang dalam tu ada dalam sejam macam tu. Lama-lama stay dalam tu rasa seram la pulak kot-kot ternampak pape yang tergantung ke bergayut ke. Yela, hari dah makin gelap plus tak ramai pun orang dalam tu. Rasanya kitaorang orang-orang yang terakhir keluar dari gua tu. Aku rasa Reed Flute Cave boleh jadik satu tempat yang boleh dilawati. Keadaan dalam tu memang cantik yela, dah ada macam-macam warna lampu yang dipasang yang menyebabkan keadaan kat dalam tu lebih dramatik dan nampak spectacular! Wahh.. macam tu skali aku bagitau. Walaupun harganya agak mahal provided that we were in China! 

Jalan keluar adalah menuju ke gift shop. Hahaha apa lagi kan.. tengok pape yang penting. Carik fridge magnets adalah yang amat penting. Ada beberapa jenis yang aku dan yang lain-lain berkenan. Ada yang mahal dan yang murah. Jangan lupa, boleh tawar-menawar tau. Jangan ingat kat sini fixed price. 

aku rasa fridge magnets jenis akrilik atau kristal (aku tak pasti betol ke tak) ada jual kat sini je. memang nampak eksklusif berbanding yang lain tak silap aku berharga 30 yuan seketul. lawa yang ni memang aku suka!

Tapi kalo boleh jangan beli kat sini semua souvenirs walaupun kedengaran harganya agak murah. Kita jalan keluar dulu... nanti ada lagi kedai-kedai souvenirs yang lagi murah! Kira macam gerai-gerai. Kitaorang banyak borong FMs kat sini ler. Kira beli sekali harung terus takut nanti tak jumpa dah plus tengokkan harga tu memang dah murah dah. 


banyak borong yang jenis ni berharga 5 yuan untuk sekeping! 




Dah abes semua FMs kitaorang borong, jomlah gerak weh. Lapar nih. Tapi on the way menuju ke stesen bas tempat kami turun tadi tu, asyik duk diapproach oleh makcik-makcik yang menjual souvenirs macam photobook album, poskad dan lain-lain. Non-stop dorang duk kaco pelancong suruh beli barang yang dorang jual. Dari harga yang tinggi sampailah harga yang begitu murah yang aku rasa tak munasabah langsung. Macam contoh photobook album pemandangan Guilin tu, dari harga 40 yuan tak silap boleh turun jadik macam 5 yuan je. Tak ke giler??? Buku tu memang cantik, aku tak nafikan. Tapi nak beli rasa takmo la pulak. Tapi kesian tengok dorang-dorang ni semua. Semuanya macam berusia tak silap more than 50 years old tapi kehidupan mereka masih lagi gigih mencari rezeki samada untuk diri sendiri mahupun keluarga. Patutnya pada usia macam ni, dorang perlu duk umah tengok cucu je. Dek kerana kesusahan hidup, tu jela cara nak menampung kelangsungan hidup. Maszuber ada beli 3 buku poskad tak silap aku hanya 5 yuan je! Ada 30 keping semuanya. Murahkan??? 

mereka-mereka yang masih lagi muda, ada yang bongkok 3 pun ada

Sambil duk tunggu bas datang balik menuju ke Guilin city, masih lagi dorang ni duk approach, tapi takmo beli. Tolak dengan baik pelawaan dorang. Ada yang jual sumpit warna-warni harga 1 yuan satu. Tak salah kalo kita beli hanya untuk tolong dorang. Setakat 50 sen duit kita apelah sangatkan. 

Ada jugak yang jual batu macam batu kristal tu. Maszuber sebagai pengumpul batu sejati, gigih duk tawar nak beli batu ni. Harga awal tu memang tak munasabah lah. Dek kegigihan duk tawar tu, dapat gakla harga murah. 


nenek ni la yang jual sumpit warna-warni tu. senyum je manjang dia ni. May God bless her

Dari stesen bas tu, kitaorang menuju ke Guilin balik. Tapi tak terus balik ke hostel, nak singgah kat 1 kedai halal yang kitaorang nampak tadi dalam perjalanan menuju ke Reed Flute Cave ni. Hari semakin gelap...

Till then. Bye! 

Ramadhan Kareem 1434 Hijrah

$
0
0
Assalamualaikum!!!

Hari bermulanya hari pertama kita berpuasa selama sebulan sebagai muslimin dan jugak muslimat. Semoga kita semua berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala sebanyak mungkin dalam bulan yang penuh barakah ni. InsyaALLAH... 

Di bulan yang mulia ni jugak, aku harap sangat bebanan kerja takkan sehectic macam last year. Dapat kurus, dapat jimat duit, dapat kawal nafsu, dapat balik awal, dapat terawih selalu, dapat moreh selalu? Hahaha papepun, jangan lupa diri ye. 

Dikesempatan ni jugak, mohon ampun dan maaf kalo aku penah marah atau berkasar dengan sesiapa saja yakni kawan-kawan rapat, pembaca blog, kawan ofis, kawan facebook, follower instagram yang aku dah blocked aritu, twitter requesters yang tak penah aku approve semua. Maaf zahir dan batin. Jangan ada dendam antara kita. Ewah... 

Selamat Berpuasa semua!!!


Guilin, China : Part 3 - Halal Food & The Sun and Moon Pagodas

$
0
0
Alhamdulillah....

Dah 1 hari kita berjaya menunaikan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam kita. Semoga kita semua dapat berpuasa penuh hendaklah. Kalo lelaki memang wajib penuh la ye, kalo perempuan tu, faham-faham sendirila. 

Okeh, jom aku sambung bahagian seterusnya ketika berada kat Guilin, China beberapa bulan yang lalu. Haishh... bila la nak abes gamaknya. Harap aku tak lupa jalan cerita dan insiden menarik kot-kot ada la kan. 

Dari Reed Flute Cave, kitaorang balik semula ke Guilin City sebab masing-masing macam dah kebulur dek kerana tak makan makanan berat lagi haritu. Naga-naga dah mengamuk dalam perut masing-masing. Tunggu masa nak meletus je. 





Kedai Mee Tarik Halal 

Kedai halal ni secara kebetulan kitaorang nampak dari tingkap bas semasa menuju ke Reed Flute Cave. Takpun Dan Arif yang nampak sebenarnya. Whatever it is. Kedai halal beb. Ada harapan yang kami takkan kelaparan malam ni. Kedai ni terletak diantara stesen ketapi dan jugak stesen bas yang terletak di Zhongshan Road. Another landmark adalah berdekatan dengan pasar malam yang femes kat Zhongshan Road dan jugak Bangunan Bank of China yang besar tu. Kiranya tak susah la nak cari. 

Ni first time kitaorang takpun aku sendiri nak tengok cara pembuatan mee tarik dan nak try sedap ke tak mee tarik ni. Kitaorang memang original mee tarik ler katakan.... 



ruang pembuatan mee tarik

menu makanan di dinding restoran

teringat entry kak senduk pasal pemakaian tudung macam nih! orang kampucia katanya! hahaha 



Time dorang duk buat mee tarik ni, agak ternganga jugaklah mulut aku tengok betapa kagum dengan kemahiran dorang buat mee tarik ni. Time nak order ni, hanya gambar makanan di dinding menjadi panduan kami. Main tunjuk-tunjuk je nak makan yang mana. Portion untuk satu pinggan pun agak banyak. Kalo jenis yang makan skit, eloklah kalo share-share. Barulah tak membazir katanya. Harga untuk 1 pinggan makanan adalah dalam range 15 yuan hingga 18 yuan. 

Jom tengok antara juadah kami. 

mee tarik berjenis sup. lembut mee tariknya kuahnya pun agak lazat. portion dia memang banyaklah! 







posing dari tukang tarik mee

Usai (nak usai gak macam Janggeltrekker kan) Hahaha... usai makan tu. Lebih kurang waktu masuk maghrib dah time tu. Since masih lagi awal, kitaorang bergerak menuju ke destinasi yang agak wajib singgah kalo datang ke Guilin. 

The Sun and Mood Pagodas adalah our next destinastion. Since jarak dari kedai mee tarik tu tak jauh ke pagoda tersebut, kitaorang just jalan kaki je menuju ke sana. Lebih kurang 1km jugaklah. Tapi boleh amek angin malam orang kata. Pagoda ni merupakan dua buah pagoda yang berdiri megah di tengah-tengah Banyan Lake. The Sun pagoda diperbuat daripada bahan logam seperti kuprum dan emas. Manakala, The Mood pagoda lak diperbuat daripada kaca. 

Info berkenaan the two pagodas ni aku copy paste dari Janggel jela ek:

The Sun and Moon Pagodas are located on Banyan Lake in Guilin. The moon pagoda stands seven storeys high which is a glass tower. Implication of the carved doors and windows on each floor painted a different theme, rich in traditional Chinese flavor. The taller of the two, at nine storeys high, the Sun pagoda is copper decoration, consumed 350 tons of copper, gold and glitter, and a lift for visitors sightseeing ride. All components entirely by copper mural decoration, the whole tower of copper hit a three highest in the world - the world’s the highest copper tower, the world’s tallest buildings in bronze, the world’s tallest water tower. There is a 18 meters-long underwater aquarium link the Sun and Moon Pagodas. There is a wonderful walk along the lake’s edge which at night is just magic and is popular with locals and tourists alike.

Nasib baik kitaorang datang sini waktu malam, pemandangan memang betol-betol menarik dan berwarna-warni dengan lampu-lampu dikawasan sekeliling. Malam-malam tu, kawasan disekeliling tasik ni memang ramai dengan rakyat China sendiri samada orang tempatan mahupun pelancong. Layan jela labu... masing-masing terpegun dengan kecantikkan pagoda ni. Tak lupa duk amek gambar buat kenang-kenangan. Actually, aku sendiri tercari kat mana letaknya jambatan kristal tu. Tapi langsung tak nampak kat mana letaknya. Takpelah... 

Layan jela gambar kat bawah ni. 











Kitaorang berjalan mengelilingi tasik tu sampai penat kaki ni duk seret. Last-last masing-masing dah jelepek penatnya.  So, tahanla bas nak balik semula ke Wada Hostel. Tambang masih lagi 1 yuan sorang. Kene make sure tau waktu bas tamat pukul brape tau. Macam kat Guilin ni, perkhidmatan bas tamat pada jam 10 malam. Giler awal kan? 

Untuk menambahkan badan masing-masing, rupanya bas yang kitaorang naik tu ikut laluan yang lain. Makanya, terpaksala kitaorang turun, dan jalan kaki menuju ke hostel. Pasrah jela... malam tu terus pack siap-siap sebabnya esok kami akan menuju ke Yashuo. Makanya kenela check-out siap-siap. 

Ok dah penat... terpaksa tido. 

Selamat berpuasa semua! 

Guilin, China : Part 4 - Menuju ke Yangshuo & Bamboo House Hotel

$
0
0
Salam 3 Ramadhan! 

Time mood tengah rajin ni, better aku abeskan cepat-cepat travelogue aku ni. Makin lama rasanya makin lambat pulak nak abes. Semalam aku sempat makan bubur jagung beli kat bazar. Okla dapat gak beli yang rasa agak sedap berbanding hari pertama puasa. Eh dah larik topik dah ni. 

Malam sebelom kitaorang berangkat menuju ke Yangshuo, malam tu baru kitaorang duk gigih survey mana-mana hostel ataupun available untuk 7 orang. Masing-masing duk carik yang mana available kat hostelbookers mahupun booking.com. The end, rezeki menyebelahi kami ada 1 hotel yang available plus berdekatan dengan tempat menarik disekitar pekan Yangshuo. Malam tu jugak kitaorang pack light-light baju nak bawak ke Yangshuo. Takkan bawak semua bagpack kami ni. Tinggal je kat Wada Hostel, free of charge. Lagipun, kitaorang hanya akan bermalam selama 1 malam je kat Yangshuo. Then balik semula ke Guilin. 

********************************

Pagi tu, masing-masing bangun awal. Yela, perjalanan menuju ke Yangshuo akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sehala (73km). Wilayah Yangshuo ni terletak di bahagian selatan Guilin. Boleh rujuk map kat bawah ni. 


Dari Wada Hostel, kitaorang just naik bas menuju ke stesen bas. Walaupun, actually boleh je jalan kaki, tapi better naik bas plus cepat sampai! Kitaorang mula bergerak dari hostel lebih kurang jam 9 pagi lepas breakfast ringan seperti roti, tuna dan jugak pringles. Hahaha Pringles tu sangatlah tidak sihat! Biasalah, kalo travel ramai-ramai ni memang kene bajet waktu keluar bergerak. So, memang akan expect akan bergerak sedikit lambat berbanding biasa. Tapi takpe.... 

Sampai je kat stesen bas Guilin, apa lagikan... tanya dulu kat information kaunter kat mana nak beli tiket bas menuju ke Yangshuo. Tiket menuju ke Yangshuo ni berharga 22 yuan/sehala. Pada mulanya, memang kitaorang nak beli tiket awal pagi. Tapi nampaknya nasib tidak menyebelahi kami, tiket sold out! Waktu yang latest adalah pada jam 11.40 pagi. Aisehh.... ingatkan boleh la sampai awal ke Yangshuo. Nampaknya terpaksa bergerak lambat dari Guilin. 

Note:Sila beli tiket ke mana-mana sehari awal (2 hari awal) kalo nak bergerak samada awal pagi mahupun mana-mana waktu bagi mengelakkan delay. 



Sementelah nak tunggu lagi dalam almost 2 hours dari waktu berlepas, boleh la beberapa ahli jemaah kitaorang nak kuarkan duit dari mesin atm yang terdekat. Bank yang mengeluarkan duit yang mana kad mempunyai simbol MEPS, hanyalah Bank of China. Tapi tak semua nak kuarkan duit. So, yang lain tunggu kat tepi jalan sambil melayan perasaan...seperti:


Tiba masa berlepas, kitaorang semua bergerak menuju ke ruangan menunggu. Tapi sebelum masuk tu, kene pulak scan beg masing-masing. Ruangan menunggu dorang agak bersih dan jugak banyak kerusi untuk duduk. Bas yang menuju ke Yangshuo pun agak kerap. So, takde masalah. Actually, kalo travel dalam group yang besar. Another option adalah amek mini van charter. Tapi kitaorang tau ni pun after dah beli tiket bas di kaunter. Ada sorang brader ni approach (travel agent lagaknya) kitaorang tanya nak ke mana. So, tanyalah brape dia charge untuk ke Yangshuo. Dia bagitau hanya 15 yuan/sehala untuk seorang. Kira murahlahkan? Tapi takpelah... takde rejeki nak jimat kat tambang bas. Kalo kitaorang tau, tentu dah sampai awal kat Yangshuo. 



Sabar menanti ketibaan bas. Kene alert dan selalu bertanya samada bas dah sampai ke blom. If not, terlepaslah bas nanti. Sepanjang kitaorang kat negara China ni, cuaca nampaknya kurang memberangsangkan. Takde kot suasana langit biru. sob sob sob... nampaknya macam datang salah musim je. Kalo tak hujan, cuaca mendung yang amat! Sabor jela... jom naik bas! 

Keadaan bas tu just ok bagi aku. Aircon pun tak brape nak sejuk. Layankan jela, tapi tetap lelap macam biasa. Penatla katakan... 

Selepas merempuh perjalanan selama 1 jam 30 minit, maka kitaorang selamat tiba di stesen bas pekan Yangshuo. Rupanya seperti gambar dibawah:

stesen bas Yangshuo


Perkara pertama lepas jejak kaki kat stesen bas tu, cari kedai makan halal! Katanya Dan Arif, kat area bus station ni, terdapat 1 kedai mee tarik halal. Plus, aku ada gak terbaca melalui blog PM: Pencerita Maya pasal kedai makanan halal. So, kitaorang berpecah kepada 3 kumpulan untuk tengok kat mana letaknya kedai makanan halal tu. Ada yang ke utara, ada yang ke selatan... Last-last kitaorang berkumpul kat 1 bulatan besar kat stesen bas tu. Cuba tanya orang lain, tapi macam tak ramai yang tau. Dahla cuaca time ni agak panas. 



Rupanya.... kedai mee tarik halal tu tak jauh bulatan tu. Hanya cross jalan, dan menuju ke belah kiri. Tak sampai 100 meter dah sampai! Ayuhla masuk dan order. Kedai macam kedai yang kat Guilin gak.  Order yang mana patut. Ayuh lihat makanan yang telah diorder! 


mat salleh pun makan kat sini

muka manusia yang kelaparan!


gerak kerja pembuatan mee tarik atau La Mien






kasih seorang ayah, terlelap sambil tidokan anak keciknya

Harga makanan lebih kurang je dalam 18 yuan untuk 1 pinggan mahupun 1 mangkuk. And again, portion adalah besar. Lepas dah setel bayar semua, apa lagi. How do we go to our hostel? Nasib baik Dan Arif ada beli simkad China. So, boleh la buat panggilan tempatan. So, dia pun call la orang hotel tu. Dorang akan pick-up kitaorang kat stesen bas Yangshuo ni. Katanya jarak stesen bas menuju ke hotel dalam 10 minit je jalan kaki. Tunggu punya tunggu, adalah sorang amoi ni naik basikal. Her english was very good! Takde pelat langsung. 

Ingatkan dia nak datang pick-up naik bas ke ape... rupanya kene jalan kaki ler kitaorang semua menuju ke hotel. 






Akhirnya... kitaorang sampai jugak di Bamboo House Hotel, Yangshuo. Hotel sangat dekat dengan West Street yang begitu popular kalo datang ke Yangshuo ni. Boleh book hotel ni terus melalui hostelbookers.com mahupun booking.com

Proses check-in berjalan dengan lancar, harga untuk 1 malam adalah 60 yuan/pax. Kira oklakan rege last minute punye booking. Keadaan hotel bagi aku, not bad. Plus macam tak ramai orang. Tapi kata orang receptionist tu, this week memang orang ramai kat Yangshuo. Yela, rakyat China this week ada long weekend dek kerana ada hari Pekerja tak lama lagi. So, dorang ada 5 hari cuti. Lazat! 

Sebelum masuk bilik masing-masing, kitaorang tanya siap-siap dengan orang hotel tu apa aktiviti yang boleh kitaorang buat dalam masa yang singkat kat Yangshuo ni. Kitaorang list downkan nak buat rafting kat Li River, tengok show malam dan lain-lain. Since hari pertama ni, dah hampir petang kitaorang setelkan dengan berakit di Yulong River. Tak lupa tengok Impression Show pada waktu malam. Kitaorang suruh orang hotel tu arrangekan siap-siap untuk tour kami nanti. 

FYI, time ni Li River Rafting memang dihentikan buat sementara waktu dek kerana ada sorang budak mati lemas dibawa arus deras di Li River ni. Plus, paras air ketika ni memang tinggi. Kebanyakkan pengusaha rakit menangguhkan dulu perkhidmatan rakit ni. So, we opted for another option yakni Yulong River Rafting. Harga untuk seorang adalah 90 yuan untuk more than 1 hour ride. 

Jom masuk bilik! We have about 1 hour sebelum bergerak untuk naik rakit! 


bilik lelaki di tingkat paling atas! 



bilik wanita ada 2 double beds and 1 single bed. agak luas!

pemandangan dari balkoni bilik aku, boleh nampak aktiviti rakit di Li River diberhentikan buat sementara waktu


another view

dari kejauhan gunung batu kapur yang terkenal

Actually, hari ni memang kitaorang sepakat untuk pakai baju merah termasuklah bakal raja sehari tu, Yela, katanya nak amek gambar pre-wedding siap-siap kat sini. So, inilah hasilnya selepas semuanya bersiap untuk bergerak menuju ke Yulong River!

thanks Kak Anash for the pic, i do looked great in this red shirt! Ahaks! Perasan~ 

To be continued....

Bye! 

Photobook : Krabi has arrived!

$
0
0
Hellooo!!! 

Ni photobook yang terakhir aku buat dan yang dah siap. Tinggal lagi 2 photobooks yang perlu aku siapkan. Maybe 1 untuk Surabaya dan lagi 1 untuk Singapore (maybe). Tapi tu la... kekangan masa nih menyebabkan aku malas nak buat. Dah la expiry date bulan Mei nih. Harap-harap boleh extend je... 

Actually, ni photobook Krabi yang kedua yang aku buat. Yang pertama dulu... biarkan ianya menjadi sejarah sebabnya antara yang paling buruk yang penah aku buat. Malu nak tunjuk sebab memang huduh! Tapi disebabkan aku beli voucher dari Groupon Malaysia dalam 10 photobooks semuanya. Why not aku buat balik photobook Krabi ni. Same case with photobook New Zealand. Kiranya kali ni buat sehabis baik punyelah! Gigih punye pasal... yang lama dan huduh tu ape aku buat? Buat bungkus nasik lemak 50sen ke? Hahaha... tidak ye kawan-kawan.. aku masih simpan. Buat dengan duit tuh.. takkan nak buang macam tu je? Membazir amalan shaitonnnnn... 

Hasil untuk photobook kali kedua untuk Krabi? Mari kita saksikan... 











Till then... happy photobook-ing! 
Viewing all 299 articles
Browse latest View live